Header Ads

Sultan Johor Bertitah Bersedia Mendedahkan Individu Tawarkan RM2 Juta Untuk Pembelian Pingat


Kuala Lumpur - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah bertitah bahawa baginda bersedia untuk membuat pendedahan berkaitan dengan orang tengah yang telah mencuba untuk merasuah baginda agar memberikan pingat kebesaran dengan gelaran Tan Sri, lapor Astro Awani.

Baginda telah memaklumkan ada seorang individu menawarkan RM2 juta agar mencadangkan satu nama kepada Ketua Setiausaha Negara agar disenaraikan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Baginda juga menegaskan, “Ini Johor… kami ada harga diri. Anda tidak boleh beli anugerah dan gelaran dengan wang ringgit,”.

Disebabkan perkara berkenaan, baginda telah menitahkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) datang mengadap baginda untuk menyampaikan maklumat serta supaya menjalankan siasatan dengan segara ke atas individu terbabit.

Berikut adalah status yang dimuat naik oleh baginda di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


- Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.