Header Ads

Tips Pengurusan Kewangan Peribadi Dengan Gaji RM1600 Sebulan


Oleh: Mimi

Pengurusan kewangan sangatlah penting, sama ada untuk peribadi dan juga perniagaan. Apatah lagi pada zaman ekonomi yang sedia maklum ini, kewangan haruslah dikawal agar tidak berlakunya pembaziran.

Aku sedar ramai dan banyak yang telah bincangkan tentang tips pengurusan wang seperti ini. Tidak banyak perbezaan, semuanya hampir sama dengan satu maksud sahaja iaitu cara menyimpan duit gaji kecil atau cara menabung paling berkesan.

Tapi, aku nak korang baca tips dari seorang yang bergaji RM1600 sebulan yang hidup di bandar raya Kuala Lumpur yang penuh dengan pancaroba ini.

Cara Menyimpan Duit Dengan Bijak Dengan Gaji RM1600

1) Jangan pergi ke shopping mall. Jangan tengok iklan. Jangan termakan dengan promosi jualan. Dengan cara ini korang boleh elak daripada nampak barang cantik-cantik yang boleh meragut wang korang yang sikit itu.

2) Guna pakej internet yang paling murah sekali. Cukuplah korang dapat online sekali sekala untuk jengah facebook ke atau twitter. Lagi banyak tempat dan lokasi yang mempunyai wifi percuma pada masa sekarang.

3) Jangan tengok Instagram, instafamous atau artis. Kenapa? Sebab korang akan terdorong untuk menjadi seperti mereka. Korang kena faham, dalam bank diorang duik berkepok-kepok. So, daripada makan hati, maka kurangkan penggunaan media sosial ini.

4) Sekali sekala makan sedap sikit tu, boleh lah. Tapi biasakanlah control nafsu korang nak makan sedap. Sebab tu, aku suruh elak korang daripada tengok iklan.

5) Jangan selalu keluar kalau tiada urusan yang penting. Sekali sekala tu bolehlah. Nanti, gila pula duduk di rumah kan? Sebabnya, dapatlah jimat duit minyak. Minyak ulang alik pergi kerja pun kalau naik motor, ada la dalam RM100 juga.

6) Elakkan berhutang. Tak kisahlah hutang dengan sesiapa. Tak payah advance-advance duit gaji tu. Sebab hutang bersamaan dengan kau mencuri duit kau sendiri pada masa hadapan. Tiada perbezaan.

Macam mana aku bahagikan duit aku? RM1600 memang la tak cukup. Jujur. Tapi cukup lah untuk survive. Mungkin ada yang kata buat la part time, business bla bla bla.. Tak semua orang ada passion and skill untuk buat semua tu. Kadang-kadang ada sebab-sebab tertentu orang tak boleh nak buat macam yang korang cadangkan dan mereka hanya boleh bergantung pada duit gaji mereka sahaja.

1. Benda utama adalah tempat tinggal. Bilik. RM200

2. Pengangkutan. Guna alternative paling jimat. Biarpun kena guna tenaga dan perlu bangun awal. Aku kena jalan kaki tunggu bas. Aku naik bas free. Nasib baik ada perkhidmatan bas free. Then aku kena naik LRT. Amount RM2. Kalau guna touch and go ada discount 20sen. RM100

3. Komitmen ASB. RM200

4. Loan study. RM150

5. Parents.RM100

6. Tabung Haji. RM100

7. Internet. RM50

8. Keperluan diri macam barang mandian dan sewaktu dengannya. RM100.

9. Makan. Aku bajet 1 hari RM10 sahaja makan setiap hari. RM300

10.Entertainment dan lain-lain. RM50. Contoh kawan ajak tengok wayang ke, nak beli hadiah kawin kawan ke, sedekah. Kalau tak guna, masuk tabung untuk bring forwad. So bila asyik tak guna je, guna la untuk makan sedap-sedap ke, belanja family ke. Nak beli baju baru ke.

Ada lagi baki RM250. Ni simpan dalam ASB untuk emergency, deposit rumah, kahwin. travel, shopping (bila target amount sampai)

Kalau korang ada hutang yang terdahulu, settle kan hutang tu. Bukan la bayar lump sum. Buat jadual bayaran balik. Bila korang buat jadual, korang akan nampak bila korang habis bayar. Bila tahu bila habis bayar, so korang tahu mana nak tambah dekat part saving ke, boleh tambah lagi duit nak bagi parents tu.

(Ini adalah perbelanjaan masa aku zaman bujang pada tahun 2016. Kalau zaman dah berkahwin ni, lain sikit perbelanjaannya.)

– Mimi

No comments

Powered by Blogger.