Header Ads

Upin Ipin dan Boboiboy Mempengaruhi Anak-Anak Bersikap Kasar & Biadap Dengan Ibu Bapa?


Dua kartun animasi yang amat diminati dan popular di Malaysia adalah Upin dan Ipin serta Boboiboy kerana rancangan animasi yang terbaik ini setanding dengan animasi negara luar yang memenuhi kehendak penonton.

Karakter kedua-dua animasi ini mempunyai pengaruh yang amat kuat selain di Malaysia dan juga di negara-negara lain seperti Indonesia, Singapura dan lain-lain lagi yang dikatakan berjaya menghiburkan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun seorang wanita Nik Jamilah Yahya menyangkal pendapat ini. Melalui status yang beliau kongsikan, dia mendakwa kedua-duan animasi ini tidak begitu sesuai untuk ditonton kerana dipercayai menggunakan dialog yang agak biadap dan kasar yang akan mempengaruhi minda kanak-kanak.

Oleh: Nik Jamilah Yahya

Upin Ipin, kartun melayu yang mengajar budak-budak menjadi biadab. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya. Tetapi saya sangat kesal dengan kartun cantik dan comel seperti Upin dan Ipin tetapi sayangnya  tiada penekanan adab dan bercakap biadab.

Al kisahnya saya download untuk anak-anak. Sekali saya dengar dialog mereka, panas sungguh hati.

Kak Ros: Nakal! Pergi lagi main!

Opah: Ala Ros, mereka kan budak-budak lagi. Kau dulu pun lagiiii nakal!

Upin & Ipin: Hah! Kak ros lagi nakal? Oooo..cakap kat org sahaja lebih.

Kakros: Watak yang teruk. Tegur adik beradik dengan nada tengking-tengking sahaja.

Opah: Asyik memenangkan cucu walaupun cucu buat silap. Dan jika ada yang menasihati, ditembaknya pula kepada si penasihat! Fail!!!!

Upin & Ipin: Melawan, menjawab dan suka mengejek!
i
Jadi, kartun ini cantik dan menarik dar segi gambar dan suasana kampung yang mengimbaukan kenangan zaman kanak-kanak kita.

Taaaapiiiii.....dialog bahasa memang salah! Kenapa perlu ayat-ayat kasar. Dan saya tengok Upin dan Ipin memberi pengaruh buruk dari segi adab bercakap anak-anak.

Jadi, berhati-hatilah untuk bagi anak tengok kartun. Pilih yng benar-benar sesuai. Gambar cantik comel bukan penentu ianya berkualiti.
Anak mudah terpengaruh dengan cara Upin dan Ipin bercakap. Awasi dan elakkan terus.


Boboiboy lagilah biadap! Ah! Bila diperhatikan semua kartun yang masuk saluran TV hampir 89% dialog yang biadab.

Daripada anak tak pandai menjawab. Apabila tengok kartun pandai menjawab. Daripada anak minta apa-apa tanpa merungut. Apabila tengok kartun terus minta sesuatu dengan merungut dan memaksa. Jangan biarkan kartun menghasilkan kualiti buruk dalam diri anak-anak.

Sekian dari ibu yang kecewa dengan industri kartun Malaysia. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.