Header Ads

Video - Kerana Gangguan Seksual Ditempat Kerja Dicium dan Diraba, Wanita Ini Trauma Teruk Takut Keluar Rumah


Gangguan seksual di tempat kerja bukanlah satu perkara baru pada zaman ini, ia adalah fenomena negatif yang akan memberikan kesan buruk terhadap mangsa iaitu pekerja yang menjadi mangsa.

Jika tidak dibendung masalah ini, pasti akan menjadi lebih teruk lagi kepada mangsa di masa akan datang dan juga menjejaskan produktiviti organisasi itu sendiri.

Sesetengah kes seperti ini akan mengakibatkan mangsa trauma dengan teruk sehingga takut untuk keluar rumah dan berkerja seperti biasa akibat kejadian itu yang berulang kali berlaku.

Seorang wanita telah mengambil keputusan untuk berkongsi perkara ini kepada semua di luar sana agar-agar berhati-hati dengan rakan sekerja supaya perkara sebegini tidak berlaku lagi kepada mereka.

Seperti yang diceritakan pengadu, gangguan seksual ini berlaku di sebuah syarikat menjual kereta di Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur. Suspek adalah lelaki Melayu yang berasal dari Rantau Panjang, Kelantan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Perbuatan oleh suspek ini sering berlaku sehinggakan wanita itu menjadi takut untuk menceritakan kepada ahli keluarganya. Lelaki terbabit sangat berani berbuat demikian terhadap wanita tersebut seperti meraba dan mencium ketika mereka sedang berkerja seperti yang dapat dilihat dalam rakaman video berikut.



Suspek juga tanpa segan silu melakukan perbuatan keji itu walaupun di pejabatnya mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan juga ketika pelanggan berada di bilik pameran kereta. Bukan hanya sekali atau dua suspek memperlakukan seperti itu, malah berulang kali ketika rakan sekerja yang lain ada bersama.

Wanita itu juga memaklumkan bahawa, selama ini dia bersabar dan juga memaafkan suspek kerana perkara itu terjadi untuk kali pertama mungkin tidak disengajakan.

Difahamkan, wanita itu juga tidak memberikan tindak balas apabila lelaki itu melakukan perbuatan ini tetapi lelaki ini menjadi semakin berani sehinggakan bertindak dengan lebih ganas lagi seperti menyentuhnya dan meraba tanpa rasa bersalah.

Berikutnya adalah wajah suspek dan juga isterinya yang cantik tetapi masih ingin menganggu isteri orang lain.




Wanita ini juga telah melaporkan kepada pihak pengurusan syarikat untuk diambil tindakan ke atas suspek, namun difahamkan suspek tidak datang berkerja dan pihak syarikat juga dikatakan tidak akan mendedahkan perkara ini kepada umum kerana dipercayai bimbang reputasi syarikat terbabit akan tercalar.

Kerana bimbang dirinya terus dihantui masalah ini, wanita ini akhirnya telah melaporkan kepada pihak polis demi untuk keselamatan dirinya. Semoga kes ini akan diselesaikan oleh polis dengan secepat mungkin dan suspek akan ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.