Header Ads

Wanita Ini Jadi Tular Di Media Sosial Gara-Gara Memuat Naik Video Pesanan Pedas Khas Untuk Lelaki Bujang


Tiba-tiba nama seorang wanita yang dikenali sebagai Farah Elmo menjadi sebutan dan mencetuskan perdebatan hebat di media sosial  gara-gara satu video yang dimuat naik oleh wanita ini berkaitan dengan pesanan Farah terhadap lelaki bujang.

Menerusi rakaman video Farah yang berdurasi 38 saat itu, dia menasihatkan lelaki bujang atau lelaki yang belum berkahwin dan tidak mempunyai perkerjaan agar tidak berangan untuk berkahwin.

Menurut Farah lagi, golongan itu harus mencari perkerjaan terlebih dahulu sebelum berkahwin dan wajib berbakti kepada ibu bapa sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Rata-rata netizen di Facebook bersetuju dengan pendapat yang disampaikan oleh wanita dari Pulau Pinang ini. Namun, ada segelintir daripada mereka mempertikaikan cara penyampaian wanita itu, malah tidak kurang juga yang kurang bersetuju.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda bersetuju dengan pendapat Farah Elmo ini? Mungkin ada juga benarnya kata Farah dan mungkin ada beberapa perkataan atau gaya penyampaian Farah perlu dibaiki agar penerimaan golongan lelaki akan lebih terbuka.

Berikutnya adalah komen dari Farah Elmo;


No comments

Powered by Blogger.