Header Ads

Wanita Ini Meminta Mas Kahwin Kain Kafan, Jawapan Yang Diberikan Amat Menyentuh Hati, Sedih, Sayu Dan Pilu


Mas Kahwin atau Mahar adalah hak seorang perempuan kepada lelaki iaitu seorang suaminya. Inilah keistimewaan seorang perempuan yang telah termaktub di dalam Islam yang wajib diminta oleh bakal pengantin perempuan terhadap calon suami yang harus diturutinya.

Sekiranya sesebuah perkahwinan dan pernikahan itu tidak mempunya mas kahwin seperti yang telah ditetapkan, maka pernikahan itu tidak sah sama sekali.

Setiap bakal calon isteri sebelum diijabkabul berhak meminta apa saja jenis mahar yang mereka inginkan seperti mas kahwin berupa duit yang biasa dilakukan di Malaysia, barang kemas, kelengkapan solat dan bermacam-macam lagi.

Terbaru, sebuah ikatan pernikahan yang amat mengejutkan orang ramai serta menyentuh hati sesiapa sahaja yang memandangnya apabila pengantin perempuan meminta mas kahwin yang merupakan kain kafan yang mungkin belum pernah dilakukan oleh umat Islam.

Berita ini telah jadi viral di media sosial serta telah menyentuh hati netizen yang rata-rata menyatakan ini adalah satu kejutan dan sesuatu yang mengusik hati dan perasaan.

Difahamkan, pengantin perempuan bernama Aryati, apabila ditanyakan mengapa memilih kain kafan sebagai mas kahwin? Jawapan yang diberikan amat mengejutkan serta mungkin boleh membuat sesiapa saja akan menangis.

Jawapan Aryati, "saya meminta kain kafan kerana ketika saya mati nanti saya inginkan kain kafan daripada suami yang akan membungkus dan menemani saya sampailah ke hari akhirat". Aryati kini secara rasminya menjadi isteri kepada suaminya yang dikenali sebagai Indra.

Berikutnya adalah gambar-gambar di sekitar pernikahan Aryati dan Indra yang telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun facebook yang dikenali sebagai Arya Saunjaya.





Betapa mulianya hati seorang isteri seperti ini, semoga anda berdua berbahagia hingga ke akhir hayat. - Koleksi Viral



Sumber

No comments

Powered by Blogger.