Header Ads

Wanita Ini Menjual Dirinya Dengan Harga RM225,000 Untuk Tampung Kos Rawatan Penyakitnya


Panyu, China - Akibat terdesak memerlukan wang untuk pembayaran kos rawatan di atas penyakit yang dihadapinya, seorang wanita mahu menjual dirinya dengan harga 350,000 yuan (RM225,000).

Wanita itu mendakwa dia menghidap penyakit ketumbuhan dan menjaja dirinya dengan memegang sepanduk di tepi jalan di sebuah perkampungan Shaxu di Panyu.

Wanita yang dipercayai berusia 25 tahun itu mendakwa mempunyai 10 ketumbuhan kecil pada belakang badannya dan mempunyai masalah pendengaran. Dia menulis di atas sepanduknya itu agar orang ramai dapat melihatnya.

Melalui sepanduk itu juga, wanita itu meletakkan syarat sekiranya sesiapa yang akan membelinya diwajibkan merawat penyakitnya itu dan tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh melanggar undang-undang.

Menurut seorang penduduk yang dikenali sebagai Zhang mengatakan, wanita itu duduk di tempat itu sepanjang hari dan tidak berkomunikasi dengan sesiapa pun.

Selain menjual dirinya sendiri, dia juga mendakwa akan memberikan lebihan wang dari jualan dirinya itu kepada kedua ibu bapanya.

Ramai penduduk sekitar yang melalui kawasan terbabit akan memasukkan wang ke dalam kotak yang terletak di hadapannya. Dia hanya duduk di situ sambil membunyikan loceng sebagai menarik perhatian orang yang lalu lalang.

Difahamkan, segelintir netizen mengecam tindakannya itu dan juga dituduh sebagai penipu. Ada juga di antara mereka melahirkan rasa simpati di atas apa yang berlaku kepada dirinya.

Seorang pengguna media sosial facebook mengatakan, wanita itu tidak menunjukkan bukti bahawa dia sakit dan mungkin sengaja ingin mendapatkan wang dengan cara yang mudah.

Sumber: Daily Mail, Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.