Header Ads

Wanita Paling Berat Dan Gemuk Di Dunia Hilang 100 Kg Selepas Jalani Pembedahan


MUMBAI - Seorang wanita warga Mesir yang dipercayai seorang yang paling gemuk di dunia telah berjaya melakukan pembedahan bagi menurunkan berat badannya disahkan oleh doktor di India pada hari ini.

Eman Ahmed Abd El Aty, yang mempunyai berat badan sebanyak 500 kilogram kini telah berkurang lebih dari 100 kilogram setelah menjalani pembedahan bariatrik.

Eman dipercayai tidak pernah meninggalkan rumahnya di Mesir semenjak dua dekad sehinggalah beliau datang ke India untuk melakukan pembedahan tersebut.


Melalui satu sumber, dengan sukacitanya kami memaklumkan kepada anda yang tidak pernah jemu dan selalu mendoakannya. Pasukan perubatan Hospital Saifee telah berjaya melakukan pembedahan ke atas Eman Ahmed.

Pembedahan dengan bius penuh itu berjalan lancar, Eman telah berjaya menjalani pembedahan Laparoscopic Sleeve Gastrectomy di Hospital Saifee pada 7 Mac lalu.

Eman juga dipercayai memegang rekod yang dicatat dalam Guinness Book of World Records iaitu wanita dari Mesir yang mempunyai berat badan paling berat di dunia.

Menerusi jurucakap ketua rawatan ke atas Eman Ahmed iaitu Dr Muffazal Lakdawala berkata, berat Eman yang berumur 37 tahun itu kini telah berkurang 400 kilogram jika dibandingkan semasa ketibaannya di bandar itu pada awal Februari lalu.

Eman juga akan kehilangan berat badan secara beransur-ansur pada setiap hari melalui semua rawatan yang dijalankan dan juga sokongan yang diberikan.

Berikutnya adalah gambar-gambar Eman Ahmed ketika tiba di India untuk lakukan pembedahan dan gambar Eman ketika kecil seperti yang dilaporkan Daily Mail. - Koleksi Viral




Sumber: Berita Harian, Daily Mail

No comments

Powered by Blogger.