Header Ads

Wanita Temui Sebutir Berlian Berharga Dalam Telur Ayam Yang Direbus


London - Penemuan sebutir berlian yang terdapat di dalam telur rebus yang telah dimakan oleh wanita ini amat mengejutkannya malah hebat diperkatakan di media sosial.


Dalam kejadian pada waktu pagi itu, Sally Thomson, 39, telah merebus sebanyak 6 biji telur untuk penyediaan sarapan seperti kebiasaannya.

Setelah memakan sebiji telur tersebut dia dapat merasakan sesuatu yang berada di dalam mulutnya dan amat mengejutkan apabila dia mendapati objek berkenaan kelihatan seperti berlian.

Menurut Sally, penemuan berlian ini sangat menghairankannya kerana kejadian ini berlaku secara kebetulan apabila pada bulan Mei depan dia akan melangsungkan perkahwinannya bersama jejaka pilihan.

Menurut pakar, melalui kajian, berkemungkinan berlian tersebut telah dimakan oleh ayam dan berpindah ke dalam telur selepas itu.



Sally yang berasal dari daerah Carlisle itu, menjelaskan bahawa dia sedang mencuba untuk menurunkan berat badan demi hari bersejarahnya itu dengan hanya memakan telur sahaja dalam beberapa hari.

Kata Sally lagi, dia merebus 6 biji telur kesemuanya dan telah memakan salah satu daripadanya. Dia dapat merasakan sesuatu yang agak keras di dalam mulutnya lalu mengeluarkan objek tersebut ke atas pinggan. Yang mengejutkan objek tersebut bersinar dan berkilauan sebelum dia dapat mengesahkan bahawa itu adalah berlian.

Dia juga berkata dengan yakin bahawa berlian itu datangnya daripada telur yang dimakannya.

Sally juga mengakui yang dia mempercayai perkara tahyul dan menganggap ada sesuatu di sebalik apa yang telah terjadi. Namun, dia tidak dapat mengagak apa yang akan berlaku di sebalik penemuan berlian ini. Baginya, penemuan ini terjadi di luar dugaan menjelang hari perkahwinannya.

Sumber: Harian Metro, Daily Mail

No comments

Powered by Blogger.