Header Ads

24 April Diisytiharkan Hari Kelepasan Am Cuti Umum Sempena Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong


Bersempena dengan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V, kerajaan Malaysia telah mengumumkan tarikh 24 April bersamaan hari Isnin adalah hari kelepasan am tambahan di seluruh negara, lapor Harian Metro.

Pengisytiharan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, jelas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa

Menurut Ketua Setiausaha terbabit, untuk negeri Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri tersebut diminta mengambil tindakan yang mengikut undang-undang negeri masing-masing.

Dua acara utama yang akan diadakan oleh kerajaan bersempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang dilantik pada 13 Disember 2016 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang telah pun tamat tempoh pemerintahan semenjak 12 Disember tahun lalu.

Istiadat Pertabalan akan diadakan di Balairung Seri Istana Negara pada pagi Isnin iaitu 24 April, manakala pada sebelah malam hari tersebut Majlis Santapan Diraja akan diadakan di Dewan Santapan Istana Negara.

Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat dan Solat Hajat juga akan diadakan pada hari Khamis, 20 April di Masjid Putra, serta Pameran Raja Kita juga akan diadakan pada hari Selasa, 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara lama).

No comments

Powered by Blogger.