Header Ads

7 Tabiat Seseorang Lelaki Itu Harus Tinggalkan Sebelum Usia 30 Tahun


Apabila usia seseorang lelaki itu mencapai 40 tahun, ramai yang mengatakan kehidupan lelaki itu menjadi muda dan baru sahaja bermula. Tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan ini adalah hanya anggapan sahaja atau sebaliknya.

Kaum lelaki selalunya tidak menggemari sekiranya kehidupan mereka disekat dan mereka menginginkan kebebasan yang maksimum, malah ada diantara lelaki menjadikan alasan tidak mahu berumah tangga kerana tidak ingin kebebasan dan kehidupan mereka disekat oleh si isteri.

Setiap individu disarankan untuk lebih memperbaiki diri ke arah yang lebih baik agar kehidupan seseorang itu lebih bermakna seiring dengan peningkatan usia.

Tahap kematangan seseorang lelaki itu diukur melalui pemikiran mereka yang menggambarkan bentuk kehidupan mereka seharian.

Untuk membina gaya hidup yang lebih baik, seseorang lelaki itu harus meninggalkan tabiat-tabiat tertentu apabila usia semakin tua dan seperti yang disarankan, seseorang lelaki adalah lebih baik berubah ketika usia mendekati 30 tahun.


8 Tabiat Yang Wajib Ditinggalkan Oleh Lelaki Ketika Umur Hampir 30 Tahun

1. Pengambilan makanan segera


Tahap kesihatan harus dititikberatkan secara serius ketika ini. Elakkan pengambilan makanan segera dan boleh belajar memasak untuk memakan makanan yang lebih sihat. Lebihkan pengambilan sayuran-sayuran dan juga buah-buahan yang lebih berkhasiat.

2. Bergaduh


Ketika di usia sebegini emosi juga harus dijaga dan tidak sesuai jika bergaduh. Lelaki sejati adalah yang berfikiran matang dan bijak menyelesaikan sesuatu masalah yang menandakan satu perubahan di dalam diri ke arah yang lebih baik seiring dengan usia.

3. Permainan video


Ketaksuban terhadap permainan video adalah tidak sepatutnya ada dalam diri seseorang lelaki itu kerana tidak sesuai dengan usia. Ketagihan yang melampau juga tidak membantu untuk anda mencapai matlamat hidup dan kurangkan bermain permainan ini adalah langkah yang bijak sebelum terus meninggalkan tabiat ini.

4. Isu komitmen


Ketika berusia 20 tahun ramai yang masih lagi mahu bebas dan tidak mahu terikat dengan buah hati. Tetapi jika sudah mencapai 30-an, wajib untuk menetapkan komitmen anda terhadap kekasih bagi membina kehidupan yang lebih baik bersamanya di masa depan.

5. Memandu secara cuai


Pemanduan yang mementingkan diri sendiri seperti melanggar lampu merah, bergaduh dengan pemandu lain atau memecut laju tanpa memikirkan keselamatan menunjukkan seseorang lelaki itu belum matang sepenuhnya. Sudah tiba masanya anda menjadi pemandu berhemah dan tenang dalam pemanduan yang menjadikan anda lebih matang.

6. Takut pada doktor


Perkara ini telah tiba masanya untuk diubah dengan segera, Alasan kerana takut berjumpa doktor langsung tidak boleh diterima pakai ketika di usia sebegini. Anda harus mementingkan kesihatan diri serta berjumpa dengan doktor lebih kerap agar tahap kesihatan anda lebih baik.

7. Jangan Kedekut


Jangan terlalu kedekut untuk berbelanja pada kawan-kawan ketika makan bersama. Lelaki yang matang dan dewasa tidak hanya membayar makanannya sendiri ketika keluar bersama rakan. Hanya kekasih sahaja yang berhak untuk dibelanja?

Sumber

No comments

Powered by Blogger.