Header Ads

Alat Sulit Remaja Lelaki Ini Dipotong dan Mata Dicungkil Sehingga Hilang Penglihatan Oleh Bapa Yang Mengesyaki Anak Gadisnya Ditiduri


ISLAMABAD - Kejamnya seorang lelaki yang bergelar bapa apabila bertindak di luar batasan akal manusia dengan memotong kemaluan serta mencungkil pancaindera seorang remaja lelaki apabila mendapati remaja terbabit tidur bersama anak perempuannya.

Kejadian yang berlaku di Pakistan ini menyaksikan remaja lelaki itu kehilangan sebelah penglihatannya kerana telah diserang dengan ganas oleh lelaki terbabit.

Memetik laporan daripada portal Mirror dan Mstar Online, keluarga mangsa menyatakan anak mereka berusia 15 tahun itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Jinnah di Lahore untuk menyelamatkan nyawanya.

Remaja yang berusia 15 tahun itu diserang pada Selasa lalu dan keluarga remaja perempuan berkenaan diminta bertanggungjawab oleh keluarga mangsa di atas apa yang berlaku terhadap remaja lelaki itu, malah keluarga mangsa dikatakan akan mengambil tindakan terhadap mereka semua.

Bapa mangsa turut mendakwa, ayah kepada remaja perempuan itu bersama tiga rakannya telah menyerang dan menculik anaknya kerana mereka mengesyaki mangsa mengadakan hubungan seks bersama anak perempuannya itu.

Bapa remaja perempuan itu menculik anak lelakinya di kawasan sekolah lalu membawanya ke kawasan terpencil di sungai Ravi, jelas bapa mangsa.

Mereka telah memotong kemaluan anak lelakinya malah telah mencungkil mata sebagai membalas dendam sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Remaja malang terbabit ditemui oleh orang awam dengan keadaan berlumuran darah sebelum mangsa dihantarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Ekoran kejadian itu, Polis Lahore membuat siasatan dan kesemua suspek yang terlibat dalam kes yang boleh dianggap kejam ini telah ditahan.

No comments

Powered by Blogger.