Header Ads

Anda Suka Minum Sambil Berdiri? Anda Wajib Membaca 7 Fakta Perubatan Dari Seorang Doktor Ini

Gempar di media sosial berkaitan dengan mitos minum berdiri yang disenaraikan oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab sehinggakan ramai netizen tertipu dengan cerita yang digembar-gemburkan itu.

Ekoran dengan berita yang tidak betul ini, seorang doktor yang bertauliah dan dikenali ramai terpanggil untuk menerangkan kenyataan dan perkara sebenar tentang 7 mitos yang tidak masuk akal ini ditularkan.

Orang ramai diminta untuk memahami serta memberi perhatian tentang penerangan yang dikongsikan oleh Dr Mahyuddin Mohamed ini.


7 MITOS MINUM SAMBIL BERDIRI YANG BERCANGGAH

Tujuh akibat ini adalah MITOS yang TIDAK akan terjadi walaupun anda minum berdiri sepanjang hari dan berhari-hari. Siapakah individu yang terlalu cerdik ini menyenaraikan fakta palsu seperti berikut.

1. Buah pinggang rosak

Minum berdiri tak kena mengena dengan fungsi buah pinggang anda. Minum duduk, baring, meniarap, mengiring atau merangkak pun buah pinggang tak rosak jugak.

Kalau anda kurang minum air, jus atau makan makanan kesihatan yang entah apa-apa di pasaran sekarang, itu yang berisiko akan rosakkan buah pinggang anda.

2. Mengalami rosak sendi

Minum air berdiri tiada kena mengena dengan sendi rosak. Entah macam mana kaitannya. Melainkan anda minum berdiri sambil melompat tanpa henti selama bertahun-tahun. Majoriti pesakit saya yang sakit sendi disebabkan wear and tear dan proses penuaan pun secara puratanya berlaku selepas usia 50 tahun.

3. Merosakkan sistem penghadaman

Proses penghadaman akan berjalan samada anda minum berdiri atau tidak. Lagipun air tak perlu dihadam, ia diserap.

4. Kembung perut

Kembung perut atau bloatedness disebabkan udara yang masuk ke dalam perut ketika makan dan minum. Berdiri ke tidak, tiada bezanya.

5. Haus tidak akan hilang

Ini paling pelik. Kalau anda minum air, insyaAllah haus akan hilang. Rasa haus tu diberitahu oleh otak kita (thirst centre) dan ia ditentukan mengikut kandungan air dalam badan kita (hydration). Cara anda minum tak menentukan haus atau tidak. Yang menentukan ialah kandungan air yang diminum.

6. Tidak dapat mencairkan kandungan asid dalam tubuh

Asid dalam tubuh? Nak cairkan asid? Pelik betul bunyinya. Dah tu, kalau duduk, asid jadi cair? Kalau duduk, pastu bangun, pastu duduk balik? Apa jadi pada asid?Kecairan asid atau pH asid bukan ditentukan dengan cara anda minum.

7. Ulser dan pedih ulu hati

Minum berdiri tidak menyebabkan ulser atau pedih ulu hati. Pedih ulu hati atau gastritis terjadi antaranya jika ada bakteria H. Pylori atau ada ulser atau jika anda makan ubat tradisional yang ada kandungan steroid yang tinggi. Sesetengah ubat tahan sakit juga boleh menyebabkan ulser jika diambil berlebihan. Minum berdiri macamana pun tak akan menyebabkan ulser.

Mengarut betul la tukang reka "akibat" ni. Tolong la jangan reka kenyataan-kenyataan macam ni walau atas apa sebab sekalipun.

Masalah utama kita ni sebab ramai yang share dan Retweet info ni tanpa usul periksa terlebih dahulu. Jika tak tahu, tolong lah tanya.

Kami di MedTweetMY dan Medical Mythbusters Malaysia akan jelaskan pada anda. Mungkin niat murni anda ialah hendak berkongsi ilmu, tapi natijahnya, anda telah menyebarkan MITOS dan info yang tidak tepat.

No comments

Powered by Blogger.