Header Ads

Anggota Polis Ditikam Dengan Senjata Tajam Kerana Menegur Lelaki Hisap Rokok Di Stesyen Minyak

SHAH ALAM - Seorang anggota polis mengalami kecederaan di paha apabila dia diserang dan ditikam oleh seorang lelaki yang ditegurnya kerana menghisap rokok di tempat awam iaitu di sebuah stesyen minyak di Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini, lapor FMT.

Menurut penerangan Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, seorang anggota polis berpangkat koperal iaitu Mohamad Azli Hashim, 32, daripada unit Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, berhenti di stesen minyak berkenaan setelah menghantar seorang pegawai ke Hospital Shah Alam (HSA), bagi menjalani pemeriksaan kesihatan, katanya.

Gambar sekadar hiasan
Ketika berada di stesen minyak berkenaan, mangsa mendapati seorang lelaki yang berusia 30-an sedang menghisap rokok lalu berkata kepada lelaki terbabit, di stesen minyak tidak boleh merokok.

Difahamkan, pada mulanya lelaki terbabit tidak mengendahkan teguran mangsa itu sebelum beredar menuju ke arah motosikalnya yang terletak berhampiran.

Mangsa kemudiannya mengekori lelaki terbabit dan berlaku satu pergelutan yang mengakibatkan paha anggota polis berkenaan mengalami kecederaan setelah ditikam suspek dengan sesuatu yang dipercayai menggunakan senjata yang tajam.

Jelas Shafien lagi, suspek kemudiannya melarikan diri dengan menggunakan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 dengan bernombor pendaftaran BLY 1691. Ekoran pergelutan itu, orang awam yang berada berdekatan dengan lokasi kejadian membantu mangsa lalu menghantar anggota polis berkenaan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pihak polis kini sedang giat memburu suspek dan sekiranya ada saksi yang melihat bagaimana kejadian itu berlaku, polis meminta mereka tampil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

No comments

Powered by Blogger.