Header Ads

Bapa Kejam Lempar Anak Ke Dapur Kayu Yang Masih Menyala Kerana Berang Tiada Makanan Di Dapur Rumah

SUKABUMI, INDONESIA - Seorang bapa yang masih muda sanggup melemparkan bayinya yang berusia 1 bulan 15 hari ke atas dapur api yang masih menyala kerana marah akibat tiada makanan untuk dimakan ketika pulang dari berkerja di dapur rumahnya, lapor laman Pojokjabar.com.


Kejadian yang berlaku pada Ahad lalu jam 2 petang itu, lelaki terbabit, Taruna, 23 tahun, dikatakan baru sahaja pulang dari mencari rezeki. Dek kerana lapar yang amat sangat, dia segera mencari makanan di dapur rumahnya itu. Namun, hampa kerana tiada makanan seperti yang diharapkannya dan isterinya, Yeni Maryani, 20, masih lagi belum memasak makanan untuk suaminya ketika itu.

Akibat keadaan itu yang tidak boleh diterima Taruna, dia segera memarahi isterinya. Manakala, Yeni, tidak berpuas hati kerana dipersalahkan dan segera membaling satu bekas mangkuk bertingkat ke arah dapur kayu api yang ada di ruangan dapurnya.

Bayi malang, Susilawati.
Secara tiba-tiba, Taruna yang berang akan tindakan isterinya itu, dia merampas anaknya, Susilawati daripada dakapan Yeni, lalu dilemparkan ke arah dapur kayu api yang masih menyala dan membara.


Walau bagaimanapun, bayi itu bernasib baik kerana tidak terkena pada api yang masih menyala itu. Akibat terkejut dengan tindakan suaminya itu, dia dengan segera mencapai anaknya lalu menjerit meminta pertolongan. Taruna menjadi panik dengan segera melarikan diri akibat ketakutan.

Jeritan Yeni didengari oleh jiran-jirannya yang berhampiran, lalu segera datang untuk melihat apakah yang sedang berlaku. Yeni ketika itu dikatakan sedang menangis teresak-esak sambil memeluk anaknya dan menceritakan kejadian yang telah berlaku kepada jiran-jirannya.

Bapa kejam, Taruna
Taruna telah ditahan di atas bantuan orang ramai, lalu diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Dapur kayu di mana Susilawati dicampakkan.
Jiran-jiran mereka ketika di rumah Taruna dan Susilawati.
Ekoran kejadian dan tindakan Taruna, anaknya, Susilawati dipercayai mengalami kecederaan seperti melecet dan lebam di beberapa bahagian iaitu dagu dan juga peha. Hidung bayi kecil itu didapati mengalami pendarahan. Bayi yang tidak berdosa itu dihantar ke Rumah Sakit Umum Daerah R. Syamsudin itu diberikan rawatan lanjut. - Koleksi Viral

Sumber: Pojoksatu, Sandi Cesink DreGd

No comments

Powered by Blogger.