Header Ads

Bapa Mangsa Rogol Kecewa Suspek Seorang Anggota Polis Berpangkat Sarjan Masih Bertugas Seperti Biasa

SEREMBAN – Seorang bapa kepada seorang remaja 15 tahun yang menjadi mangsa rogol oleh seorang lelaki yang dikatakan seorang anggota polis berpangkat sarjan merasa amat kecewa apabila suspek masih lagi diterima bertugas di balai polis tersebut.

Menurut bapa mangsa seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian, John, 40, berkata, anggota polis terbabit sepatutnya sudah dikenakan tindakan tatatertib di atas kesalahnnya itu tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap suspek memandangkan dia masih lagi bertugas di balai polis yang sama.

Gambar sekadar hiasan.
Bapa mangsa memberitahu, anaknya itu masih lagi dalam keadaan trauma dan mengalami kesakitan akibat perbuatan suspek yang tidak berperikemanusiaan itu.

Sekiranya perbuatan itu dilakukan oleh orang biasa dan bukannya anggota polis, agaknya pesalah itu sudah lama ditangkap, katanya kepada pemberita bersama wakil rakyat DAP di hadapan IPK Negeri Sembilan selepas menyerahkan memorandum kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Norazman Muhamad Yusof.

John begitu mengharapkan, kes yang membabitkan anggota berkenaan dan anaknya itu dapat dilakukan mengikut undang-undang serta adil dan telus tanpa memberi apa-apa keistimewaan kepada anggota polis terbabit.

Sementara itu, difahamkan, Adun Bukit Kepayang, Cha Kee Chin meminta pihak polis menggantung tugas anggota terbabit bagi memberi keadilan kepada mangsa yang telah terbabit di dalam kes ini.

Menurut Adun itu lagi, dia telah pun berjumpa dengan pegawai penyiasat dan dia telah dimaklumkan bahawa suspek masih lagi menjalankan tugas seperti biasa di balai berkenaan dan dia hanya ditukarkan jabatan sahaja.

Sepatutnya suspek digantung kerja sehingga proses siasatan berakhir agar dapat dilakukan secara adil dan menyeluruh, katanya lagi.

Dia juga menjelaskan, dia terlibat dalam kes berkenaan bukan semata-mata kerana dia sebagai seorang wakil rakyat tetapi kerana di atas kapasitinya sebagai seorang peguam.


Sementara itu, Ahli Parlimen Rasah Teo Kok Seong turut berkata, dia juga akan terus memantau perkembangan kes berkenaan dan sekiranya masih tiada tindakan selanjutnya, kes itu akan dibawa ke dalam sidang parlimen yang akan datang.

Kes ini adalah serius, lebih-lebih lagi bila ia melibatkan seorang anggota polis. Melalui sidang parlimen yang lalu pun BN dan kami pembangkang menyokong sepenuhnya rang undang-undang kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, katanya. Turut hadir, Adun Rahang Mary Josephine.

Terdahulu, Sinar Harian pernah melaporkan kes seorang anggota polis yang didakwa telah merogol anak perempuan kawan karibnya pada 2 April lalu semasa menumpang tidur di rumah mangsa yang tinggal bersama bapanya.

Kejadian itu disedari oleh bapa mangsa kira-kira jam 4 pagi apabila melihat suspek berada di bahagian dapur dalam keadaan tidak terurus dan bergegas keluar rumah secara tergesa-gesa.

Kejadian itu hanya diceritakan mangsa kepada ibu saudaranya sebelum laporan polis dibuat oleh bapanya pada 4 April lalu.

Sumber: Sinar Online

No comments

Powered by Blogger.