Header Ads

Bayi Alami Pendarahan Dalam Otak Ketika Terjatuh Di Taska, Ibu Mohon Menuntut Pembelaan Anak


GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 bulan didapati tidak sedarkan diri setelah mengalami pendarahan otak yang dilaporkan telah terjatuh ketika berada di sebuah taska pada 8 Disember tahun lalu.

Seperti yang dimaklumkan oleh ibu saudara kanak-kanak itu, Faezah, Azzalea Zahra Binti Mohamad Firdaus, dipercayai mengalami pendarahan dalam otak yang menyebabkan dia harus menjalani satu pembedahan di Hospital Pulau Pinang, katanya.

Kanak-kanak terbabit dipercayai telah pun selamat menjalani pembedahan tersebut, walau bagaimanapun dia masih lagi berada di Unit Rawatan Rapi dalam keadaan koma tidak sedarkan diri.


Menurut Faezah lagi, kes anak saudaranya itu bukanlah satu kes yang dikatakan tidak pandai menjaga anak, tetapi kes tersebut berlaku di taska. Hanya Allah dan kakitangan taska berkenaan sahaja yang tahu bagaimana sebenarnya semua itu berlaku.

Sebelum ini kita sering terbaca tentang kisah keluarga yang mempunyai taska dan pasti kita tidak menyangka perkara seperti ini berlaku kepada keluarga kita sendiri, jelas Faezah yang tidak ingin mengulas dengan lebih lanjut tentang perkara ini. Dia juga meminta orang ramai mendoakan kebaikan ke atas anak saudaranya itu.

Sementara itu, ibu mangsa, Miela, setelah 4 bulan lamanya dia mendiamkan diri, kini tampil untuk membuat pendedahan berkaitan dengan kejadian yang berlaku kepada anaknya kepada umum menerusi akaun Facebook beliau semalam. Rata-rata netizen mempunyai pendapat mereka yang tersendiri dan mengecam tindakan pihak taska yang dikatakan tidak bertanggungjawab itu.



Menurut ibu mangsa, dia hanya mendapat tahu tentang kejadian yang berlaku kepada anaknya pada tempoh hari, ketika kejadian dia berada di tempat kerjanya dan penjaga anaknya, Sya telah menghubunginya dengan mengatakan anak kesayangannya itu tidak sedarkan diri dan dipercayai mengalami pendarahan di bahagian dalam otak mangsa.

Di taska inilah anak Miela terjatuh - Gambar Miela
Miela dengan segera menghubungi ibunya dan mengarahkan ibunya pergi ke taska terbabit. Ibu Miela membawa anaknya itu ke Hospital Bukit Mertajam untuk mendapatkan rawatan sebelum mangsa dikatakan dihantar ke Hospital Besar Pulau Pinang selepas itu.


Laporan polis yang telah dibuat berhubung perkara yang berlaku kepada anaknya - Gambar Miela
Melalui pendedahan terbaru itu, Miela mendakwa pihak pengurusan taska terbabit hanya mendiamkan diri, dan dikatakan langsung tidak pernah menjenguk anaknya itu selepas kejadian tersebut, malah untuk menghulurkan sebarang bantuan untuk membiayai kos perubatan anaknya itu jauh sekali.

Pada masa ini, Miela memohon bantuan daripada orang ramai yang mengetahui tentang maklumat peguam yang terbaik untuknya demi menuntut keadilan di atas apa yang terjadi kepada anaknya. - Koleksi Viral

Dari Facebook Miela Ab

No comments

Powered by Blogger.