Header Ads

Bayi Lelaki Berusia Seminggu Ditinggalkan Di Hadapan Pintu Rumah Warga Emas


Bukit Mertajam - Seorang bayi lelaki yang dipercayai berusia baru seminggu telah ditinggalkan di hadapan sebuah rumah milik seorang wanita warga emas di Mengkuang Semarak, Kubang Semang pada pagi ini jam 8.10 pagi, lapor Harian Metro.

Bayi lelaki comel dan didapati sihat ketika ditemui itu dibalut dengan sehelai kain batik serta ditinggalkan di hadapan pintu rumah seorang wanita yang berusia 78 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, bayi terbabit dikatakan berusia baru seminggu berdasarkan keadaan tali pusatnya itu yang telah pun beransur kering.

Tergamaknya seorang ibu yang sanggup membuang begitu saja bayi yang dikandungnya selama sembilan bulan itu. Bayi tersebut telah ditinggalkan oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab tanpa meninggalkan sebarang dokumen kelahirannya.

Bayi malang itu telah dihantarkan ke hospital untuk dibuat pemeriksaan kesihatan lanjut bagi memastikan tahap kesihatannya dalam keadaan baik.

Menurut Nik Ros Azhan, suspek yang meninggalkan bayi berkenaan kini sedang diburu polis untuk diambil tindakan di atas perbuatannya itu.

No comments

Powered by Blogger.