Header Ads

Bulu Kening Terbelah Dua Trend Terbaru Menjadi Kegilaan Netizen Di Laman Sosial


Kening terbelah dua kini menjadi trend terbaru dan jadi tular di media sosial sehingga mendapat perhatian netizen apabila seorang jurusolek profesional telah memuatnaik satu gambar merias kening yang berbulu, lapor Sinar Harian.

Trend terbaru itu yang dinamakan sebagai #Featherbrows menjadi ikutan ramai netizen yang dibuktikan melalui laman sosial apabila mereka telah mula memuatnaik gambar-gambar yang menunjukkan kening mereka seperti itu.

Rata-rata netizen seolah menyukai trend ini dan tak kurang juga beranggapan trend sebegini kelihatan sangat pelik dan menjengkelkan.

A post shared by Baller Alert (@balleralert) on
Difahamkan, gambar yang memaparkan kening terbelah itu pada mulanya dimuatnaik dengan tujuan untuk berjenaka dan tidak mempunyai apa-apa tujuan selain itu, namun netizen menerima dan menganggap ianya mejadi satu terbaru yang harus diikuti.

Kepada mereka yang masih tertanya bagaimana mereka melakukan kening yang dibahagikan kedua bahagian itu, ianya sangat mudah untuk dilakukan.

Anda hanya perlu mengasingkan bulu kening tersebut menjadi dua bahagian dan pembahagian kening akan menjadi lebih mudah dan senang sekiranya anda menggunakan Vaseline supaya kening anda kekal terbelah dua.

No comments

Powered by Blogger.