Header Ads

Daging Lembu Menjadi Lebih Lembut Dan Bermutu Setelah Penternak Ini Memberi Minum Bir Kepada Haiwan Ternakannya


Chimay, Belgium - Seorang penternak lembu di sini memberikan haiwan peliharaannya itu meminum bir setiap hari sebanyak empat liter kerana dikatakan mampu melembutkan dan menyedapkan lagi daging haiwan terbabit, lapor Harian Metro.

Menurut Hugues Derzelle, idea berkenaan diperolehi daripada hasil pembacaannya mengenai kisah pengeluar daging di Kobe, Jepun, yang menyanyi serta memberikan haiwan ternakan mereka meminum bir.

Difahamkan, dia memberikan bir kepada dua daripada lembu yang diternaknya semenjak November tahun lalu.

Walaupun kisah penternak dari Jepun itu hanyalah mitos, Derzelle tetap yakin yang lembunya tidak akan mabuk, sebaliknya dia mempercayai bahawa tindakannya itu boleh melembutkan lagi daging lembu tersebut.

Pada bukan Mac lalu, Derzelle telah menjual kedua-dua lembu yang diberikan minum bir itu, dia juga mendakwa telah memberikan lembu tersebut dengan diet khas. Tindakkannya itu mebuahkan hasil apabila harga daging haiwan itu meningkat malah ia lebih bermutu jika dibandingkan daging lembu yang tidak diberikan bir.




Penternak lembu ini juga bukanlah penternak yang pertama yang mengamalkan diet khas untuk haiwan peliharaannya.

Derzelle juga dikhabarkan kini dalam perancangan untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu khas itu kepada 500 kilogram pada tahun pertama dan akan menambahkan jumlah lembunya sekiranya menerima maklum balas yang positif daripada pembeli.

Manakala di Australia pula, seperti yang dilaporkan seorang penternak dipercayai memberikan haiwannya memakan coklat dan mendakwa hasilnya amat menakjubkan serta memuaskan. - Agensi

Sumber: Hugues Derzelle

No comments

Powered by Blogger.