Header Ads

Dua Wanita Daripada Geng Perawan Dan Janda Menyamar Sebagai Jururawat Bersenjatakan Suntikan Khayal Ditahan Polis


BATU PAHAT, JOHOR - Dua orang wanita yang dipercayai ahli geng perawan dan janda yang dikatakan telah menyamar sebagai seorang jururawat sebelum bertindak dengan melarikan barang kemas milik seorang wanita yang berusia 63 tahun yang bernilai RM25,0000.

Memetik laporan dari Harian Metro, kedua-dua wanita terbabit yang dipercayai berusia 35 dan 25 tahun itu melarikan barang kemas tersebut di Parit Selamat, Yong Peng pada 7 April lalu dan kini ditahan polis semalam di Bandar Tenggara, Kulai Jaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, kedua suspek akan menyuntik mangsa dengan sejenis cecair misteri yang akan menyebabkan mangsa menjadi khayal dan tidak menyedari apa yang berlaku sebelum mereka melarikan barang kemas mangsa.

Ekoran kejadian tersebut dan polis menerima maklumat, sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat telah membuat penangkapan ke atas penjenayah geng perawan dan janda itu malam tadi kira-kira jam 10.35 hingga 11 malam.

Penangkapan berkenaan adalah untuk proses siasatan yang membabitkan kes kecurian itu dengan menyamar sebagai seorang jururawat, manakala mangsa adalah seorang warga emas dari Yong Peng seperti yang pernah diwar-warkan oleh pihak media, katanya.

Saki baki geng perawan dan janda ini masih lagi berkeliaran dan di dalam pemburuan pihak polis. Kedua-dua suspek yang telah ditahan itu direman selama 4 hari sehingga hari Sabtu ini bagi membantu siasatan yang akan dijalankan, jelasnya lagi.

Orang ramai diminta berhati-hati dengan kes sebegini walaupun kedua suspek telah pun ditahan oleh pihak polis. Modus operandi mereka dengan melakukan penyamaran sebagai seorang jururawat di hospital dan menggunakan suntikan sebagai senjata sebelum mencuri barangan milik mangsa.

No comments

Powered by Blogger.