Header Ads

Gadis Terkejut Besar Apabila Disahkan Mengandung 24 Minggu Sedangkan Tidak Pernah Sekali Membuat Hubungan Intim


Mengejutkan apabila seorang gadis tidak pernah melakukan hubungan seksual dan tidak pernah bersama dengan mana-mana lelaki tetapi telah disahkan hamil. Misteri ini menyelubungi seorang gadis yang berusia 19 tahun yang menjadi bingung dengan apa yang dihadapinya.

Mungkin ramai yang mempersoalkan dan tidak mempercayai bagaimana gadis yang masih belajar di sebuah kolej ini didapati mengandung sedangkan beliau tidak pernah walau sekali pun keluar bersama lelaki.


Setiap Bulan Datang Haid

Setiap bulan menurut gadis ini, dia mempunyai kedatangan haid yang teratur sehinggalah seorang rakannya menegur akan fizikalnya dan lalu melaporkan kepada ibunya. Ibunya bertanyakan tentang perkara ini dan gadis terbabit berterus terang bahawa dia tidak menyembunyikan apa-apa dari ibunya.

Disebabkan rasa tidak puas hati, kakak kepada gadis ini membawanya ke klinik untuk melakukan pemeriksaan ke atas dirinya. Apabila setelah imbasan ultra bunyi dilakukan, ternyata keputusan imbasan itu membuktikan janinnya telah berusia selama 24 minggu.

Berita ini amat mengejutkan mereka semua, bagaimana gadis ini hamil sedangkan tidak pernah melakukan hubungan seksual dengan mana-mana lelaki pun. Berita ini menambahkan lagi kebingungan, kekeliruan, kecelaruan dan kemurungan terhadap gadis berkenaan.

Dia telah menangis sehingga tidak mempunyai suara, malah, kemurungannya itu membuatkan segala-gala rutin harian hidupnya terganggu sehingga tidak berselera makan dan minum dek kerana menangis tanpa henti. Keluarganya telah bersepakat membuat keputusan dengan menghantarnya ke Baitus Solehah untuk melakukan proses pemulihan iman dan juga jiwa.

Gadis Itu Menangis Apabila Setiap Kali Ditanya

Setibanya gadis tersebut di Baitus Solehah, rawatan kepada ibu mengandung dilakukan dan juga pengisian rohani untuk membangunkan jiwa yang kosong telah diusahakan. Segala-galanya telah dibuat semula seolah-olah baru mengajar dan memimpin seseorang yang baru sahaja bangun dari tidur yang panjang atau pun koma.

Menurut sumber di Baitus Solehah, beliau tidak boleh terlalu banyak bertanyakan soalan kepada gadis terbabit kerana dia akan menangis terlebih dahulu. Dan hanya mengeleng dan menggangguk sahaja apabila diajukan soalan.

Apabila setelah seminggu gadis itu berada di sini dan dia juga telah mula menyesuaikan diri dengan kawan-kawan dan keadaan sekeliling. Apabila ditanyakan bagaimana dia boleh mengandung, dia akan seperti kebingungan semula. Untuk memperbaiki jiwanya yang telah kosong itu, kita harus mengisi dengan iman, katanya.

Berkemungkinan kita terpaksa melupakan punca bagaimana dia mengandung, sebaliknya membangunkan jiwanya agar janin yang dikandung di dalam rahimnya itu diberikan dengan khasiat iman dan juga takwa. Merawat kedukaan dengan bahan bacaan Al-Quran dan itu saja yang boleh membantu di dalam permasalahan seperti ini.

Adakah Semua Ini Berkaitan Dengan Sihir?

Kita melihat kemaslahatan lebih utama dari mencari punca dengan terus bertanya yang akan mendatangkan kemudaratan. Biarlah ianya menjadi satu misteri yang tidak terjawab kepada semua orang.

Tidak ada sesiapa pun yang mendakwa adakah ini sihir, bunian, jin atau kejadian paranormal. Kerana kita masih yakin segala yang telah berlaku di atas kehendak Allah SWT, aib orang kita harus tutup dan Allah akan tutup aib kita. Tiada langsung dakwaan pada diri dia dan dalam keluarga apakah kejadian ini disebabkan oleh pukau, sihir atau makhluk asing. Dia sememangnya tidak pernah tahu dan tidak ingat apa-apa tentang ini. Hilang begitu sahaja.

Solat adalah tiang agama, kita harus dan wajib menjaga solat dengan sempurna, Allah akan menjaga kita dengan sebaik-baiknya. Daripada sibuk ingin mengetahui tentang rahsia dan punca semuanya ini, baik kita menjaga akhlak dan iman kita agar kita tidak terpesong kepada akidah yang disebabkan percaya kepada perkara-perkara atau benda yang di luar ilmu dan pengetahuan kita. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.