Header Ads

Gambar Bogel Ibu Dan Anak Disebarkan Bapa Angkat Sehingga Kini Menerima Ugutan Melalui Aplikasi Whatsapp

KUANTAN – Seorang janda dan anaknya mendakwa kini hidup dalam ketakutan dan kebimbangan akibat telah diugut dan diancam oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab melalui aplikasi WhatsApp.

Memetik laporan Sinar Harian, janda terbabit, Chong, 44, berkata, mereka berdua telah diperlakukan sebegitu semenjak gambar bogelnya serta anaknya telah tersebar yang dipercayai angkara bapa angkat yang dikenali sejak dua tahun lalu yang bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar berkenaan.

Gambar Sekadar Hiasan -
Jelas ibu tunggal itu lagi, seorang lagi lelaki yang dijenali sebagai A selain dari bapa angkatnya telah mengugut mereka menerusi aplikasi Whatsapp dan juga Facebook Messenger.

Ugutan tersebut seperti membakar rumah, membunuh ibu tunggal berkenaan dan juga turut dikatakan meminta sejumlah wang sekiranya tidak mengikut kehendak mereka. Demi keselamatan mereka berdua, wanita itu terpaksa mengikut kata mereka pada mulanya.

Tetapi, setelah beberapa bulan lalu, dia masih lagi menerima ugutan itu sehingga menyebabkan tertekan dan tidak sanggup lagi menahan dengan masalah seperti ini. Wanita itu akhirnya mengambil keputusan dengan membuat laporan polis setelah mendapatkan khidmat nasihat daripada pemimpin di kawasan tempat tinggalnya.

Menurut wanita terbabit lagi, ugutan itu berterusan setelah gambar bogelnya dan anaknya tersebar malah ada beberapa individu dikatakan mengambil kesempatan dengan mengajaknya melakukan hubungan seks.

Dia juga memberitahu tidak pernah menyangka hubungan baik yang terjalin dengan bapa angkatnya itu telah bertukar menjadi mimpi ngeri apabila anaknya dipergunakan dan telah dipaksa untuk menghantar gambar-gambar bogel oleh lelaki terbabit.

Disebabkan tindakan anaknya itulah mereka berduak kini terpaksa mengikut segala kemahuan lelaki tersebut kerana risaukan satu-satu anak tunggalnya itu akan diapa-apakan oleh lelaki berkenaan.

Wanita itu juga memberitahu dia langsung tidak menyangka setelah mengikut kemahuan bapa angkatnya itu gambar mereka telah disebarkan dan sehingga kini dia menghadapi tekanan kerana beberapa individu itu telah menganggu kehidupannya serta meminta melakukan hubungan intim.

Dia turut memberitahu telah pun memberikan wang sejumlah RM2,590 kepada bapa angkatnya itu untuk memastikan gambar-gambar mereka tidak disebarkan, namun perkara itu tetap berulang dan setiap hari dia menerima mesej yang tidak menyenangkan.

Wanita itu juga menyatakan laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan serta tindakan lanjut boleh dilakukan.

Sumber: Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.