Header Ads

Gambar Sekumpulan Remaja Baby Face Atau Muka Jambu Memegang Senjata Jadi Tular Tersebar Secara Meluas


BIRMINGHAM - Satu gambar yang menunjukkan sekumpulan remaja lelaki berwajah jambu atau baby face dengan memegang berjenis koleksi senjata jadi tular dan tersebar meluas di media sosial dan juga di beberapa kawasan di daerah Birmingham serta barat Midlands, lapor The Sun.

Gambar itu kelihatan lima remaja berkenaan bergambar di sebuah lorong berpakaian baju panas dan bertopi sambil memegang beberapa jenis senjata termasuk parang, kayu besbol dan beberapa peralatan yang dipercayai alat pemotong pokok.

Gambar berkenaan dikatakan telah mencetuskan kebimbangan orang awam kerana dikatakan cara mereka mengambil gambar berkenaan seolah-olah menunjukkan isyarat bahawa mereka sekumpulan sudah bersedia untuk melakukan sebarang pertempuran.

Melalui satu laporan agensi berita tempatan di negara berkenaan, salah seorang daripada mereka turut memegang sebuah alat pemotong yang digunakan untuk mencantas pokok-pokok kecil, selain direka untuk digunakan semasa zaman dahulu untuk mengheret pesalah menggunakan kuda.

Walau bagaimanapun, seperti yang dilaporkan mereka tidak dapat memastikan di mana lokasi sebenar gambar sekumpulan remaja terbabit diambil.

Sumber: Mstar Online

No comments

Powered by Blogger.