Header Ads

Gigi Anak Semuanya Terpaksa Dibuang Akibat Telah Rosak Kerana Dihakis Susu Botol


Kebersihan gigi perlu dititikberatkan semenjak di usia bayi. Ibu bapa sering disarankan agar menjaga kesihatan gigi anak agar gigi mereka sihat dan bersih apabila dewasa.

Gigi susu merupakan gigi sementara sebelum anak dewasa, ramai ibu bapa terlepas pandang perkara seperti ini dan kesihatan gigi susu juga dikatakan mempengaruhi kesihatan gigi yang sebenar.

Oleh itu, penjagaan gigi harus dijaga dengan baik apabila anak mempunyai gigi susu lagi.

Baca juga: Jangan Dibiarkan Bayi Mengigit Botol Susu Ketika Tidur, Elakkan Gigi Bayi Rosak

Oleh: Jeb Aen

Disebabkan ramai sahabat-sahabat saya PM dan Whatsapp saya bertanyakan mengapa anak sulung saya itu perlu menjalani pembedahan membuang semua giginya. Jadi, saya kongsikan sedikit maklumat yang ditanya oleh anda semua ya.

Anak saya suka tidur dengan botol susu semenjak kecil lagi. Ketika dia berusia 6 bulan gigi telah pun tumbuh. Jadi, empat batang giginya di bahagian atas telah rongak terus. Sehinggakan pada satu hari giginya bernanah akibat jangkitan kuman. Selepas diberikan ubat antibiotik, dia kelihatan pulih.

Kemudiannya saya terus membawa anak saya kepada doktor pakar memandangkan saya tidak tahan dengan masalah gigi anak ini. Anak saya tak makan gula-gula atau makanan ringan seperti budak-budak lain, dia cuma obses kepada botol susu. Disebabkan manis susu itulah giginya terhakis sedikit demi sedikit.





Untuk jalan penyelesaiannya, anak saya perlu menjalani dental clearance bagi mengelakkan kuman dan supaya gigi kekal akan tumbuh dengan cantik dan juga sihat. Gigi anak selalu digosok, tetapi sememangnya rezeki dia menjadi seperti ini, apa boleh saya buat. Saya hanya mampu lakukan semua ini dan inilah jalan yang terbaik untuknya.

Selepas menjalani proses pembedahan selama 3 jam, dia terus memakan bubur dan minum seperti sediakala. Dia tidak merengek atau menangis. Syukur sangat-sangat sebab dia sendiri tidak tahan dengan gigi lamanya. Doakan saya istiqomah menjaga gigi anak saya nanti.

No comments

Powered by Blogger.