Header Ads

Gincu Perisa Kari Pedas Kini Meletup Di Singapura Dan Jadi Tular Di Malaysia


Gincu dan wanita umpama irama dan lagu tidak mungkin akan dapat dipisahkan. Apabila berbicara tentang kecantikan wanita pastinya gincu adalah antara benda asas yang wajib digunakan oleh golongan wanita.

Bagi pengeluar produk kecantikan pada zaman ini tentunya sentiasa menciptakan kepelbagaian jenis produk mereka yang terbaru bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Terkini, sebuah syarikat katering dari Singapura mencipta kelainan apabila menghasilkan gincu jenama mereka sendiri yang berperisa kari yang eksklusif untuk dipasarkan.

Neo Garden Catering adalah syarikat yang bertanggungjawab memperkenalkan gincu eksklusif tersebut yang diberikan nama “Curry Bombshell”, mempunyai bau seperti kari ayam dengan warna oren yang menyerlahkan lagi warna dan rasa kari ayam mereka yang amat popular itu.

Melalui laman Facebook syarikat itu, gincu ini adalah merupakan produk kecantikan yang pertama dikeluarkan oleh syarikat terbabit dan memecah tradisi sempena ulang tahun ke-25 bagi tahun ini. Menjadi kebanggaan syarikat itu untuk memperkenalkan kejayaan pertama mereka dalam bidang kecantikan dan kosmetik.


Perlancaran gincu yang mempunyai rasa kari ini dilakukan pada 27 Mac lalu dan kandungan gincu berkenaan sama seperti kandungan kari iaitu cili, kelapa, serai dan 100% bahan semulajadi bagi mengekalkan rasa dan bau gincu sama seperti kari ayam yang sebenarnya.

Mungkin wanita juga perlu mencuba untuk memakai gincu yang berperisa kari ini dan untuk pengenalan produk kosmetik terbaru ini, syarikat Neo Garden Catering juga memuat naik satu video rasmi di laman Facebook mereka dan juga di YouTube.



Sumber: Neo Garden Catering

No comments

Powered by Blogger.