Header Ads

Graduan Perubatan Dedahkan SPA Tanya Soalan Temuduga Berkaitan Drama Korea Yang Tidak Mengikut Piawaian


PETALING JAYA - Seorang graduan perubatan mendakwa sistem ranking terbaharu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk calon doktor pelatih adalah tidak adil.

Menurut graduan yang tidak akan didedahkan identitinya itu, soalan yang telah diajukan ketika menjalani sesi temuduga adalah tidak mengikut piawaian yang sepatutnya.

Dikatakan pula, SPA akan memaklumkan kepada calon markah temuduga tidak akan diberitahu kepada mereka, graduan itu berkata ianya seolah membuka ruang kepada amalan rasuah dan kronisme dalam menentukan siapa yang lulus atau sebaliknya.

Graduan terbabit turut berkata, dia mempunyai kawan yang turut ditanya soalan perubatan yang betul seperti bagaimana memberi rawatan dan mengesan penyakit, itu boleh diterima dan kami sememangnya menjangkakan soalan sebegitu.

Walau bagaimanapun, ada pula yang ditanya berkaitan dengan hobi. Ada diantara penemuduga menghabiskan masa selama 20 minit begitu sahaja dengan bercakap tentang drama Korea bukannya bertanya tentang soalan yang berkaitan dengan perubatan, katanya.

Memetik laporan Free Malaysia Today, suara ini menyusuli laporan wakil rakyat DAP Teo Nie Ching semalam, mendakwa graduan perubatan lambat menjadi doktor pelatih kerana SPA lembab.


Graduan terbabit menjelaskan, apabila pihak SPA menjalankan temuduga diantara penghujung Januari dan awal Februari lalu, beliau difahamkan, setelah beberapa panggilan kepada suruhanjaya dan kakitangan Majlis Perubatan Malaysia, lebih daripada 3,000 calon ditemuduga walaupun hanya ada 1,300 kekosongan.

Mereka ada memberitahu saya, kami semua akan diberitahu melalui emel sekiranya kami layak atau tidak dalam temuduga berkenaan dan markah kami juga tidak didedahkan.

Beliau sangat mengharapkan pihak berkuasa tampil untuk menyiasat perkara itu dan beliau berpendapat disebabkan temuduga yang tidak terpiawai serta markah adalah sulit, keutamaan harus diberikan kepada graduan yang telah lulus belajar terlebih dahulu.

Sepatutnya kepada mereka yang telah lama menunggu ditawarkan perkerjaan bukannya mengikut sistem ranking ini. Ada saja graduan yang hanya lulus belajar di akhir Disember tahun lalu dan dikatakan dia hanya menunggu tidak lebih daripada 3 bulan, katanya.

No comments

Powered by Blogger.