Header Ads

Ibu Menyesal Merokok Sewaktu Mengandung, Kini Anaknya Mengalami Sakit Jantung Berlubang


Kuala Lumpur- Penyesalan seorang ibu yang merokok sewaktu mengandung mengakibatkan anak yang dikandungnya disahkan mengalami sakit jantung berlubang, lapor Harian Metro.

Seorang wanita iaitu Ita, 30, dia menyesal kerana anaknya, Mikhael yang kini berusia empat bulan terpaksa menanggung akibat daripada perbuatannya yang merokok ketika mengandungkan anaknya itu yang dilahirkan pada November lalu.

“Saya mula merokok sejak remaja. Sewaktu mengandungkan Mikhael pun saya merokok tetapi tidak terlalu kerap. Saya mengandung dua kali sebelum ini pun sama tetapi anak yang lain tiada masalah kesihatan dan tidak mempunyai masalah seperti ini.

“Tak sangka pada kali ini akan beri kesan pada bayi saya, Mikhael. Mikhael yang terpaksa menanggung akibat daripada perbuatan saya, saya menyesal dan bersalah sangat,”.

Wanita itu berkata, dia nekad berhenti merokok apabila Mikhael disahkan sakit jantung berlubang ketika baru berusia tiga bulan.

“Dulu sekurang-kurangnya satu kotak rokok sehari, tetapi apabila doktor kata Mikhael kena jantung berlubang, saya terus berhenti merokok serta merta,” jelas Ita lagi.

Menurut ibu kepada tiga anak ini, Mikhael telah mengalami masalah pernafasan semenjak dia dilahirkan, tetapi saya menyangka masalah tersebut tidak serius.

“Saya melahirkan Mikhael di Hospital Ipoh. Semenjak dilahirkan, Mikhael sudah mengalami masalah pernafasan. Walau agaimanapun, doktor di hospital berkenaan meminta Mikhael dirujuk ke hospital di Selangor selepas saya habis pantang.

“Pada mulanya saya ingatkan tak serius, tetapi apabila saya bawa Mikhael ke Klinik Desa Padang Jawa untuk buat pemeriksaan bulanan, doktor terus panggil ambulans untuk bawa dia ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang kerana pernafasannya merosot,” ujarnya.

Keadaan Mikhael sama seperti bayi normal yang lain, tetapi dia didapati cepat penat dan sentiasa ingin tidur.

“Sekarang Mikhael sedang menjalani rawatan susulan di Hospital Serdang kerana ada jangkitan pada paru-parunya. Mikhael dijadualkan akan menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) tetapi masih belum diberi tarikh oleh IJN,” katanya.

“Semua orang pun tahu rokok adalah penyebab utama masalah kesihatan. Tapi sebelum ini tidak kena pada kita, bila dah kena baru sedar. Tuhan kalau nak tunjuk, bila-bila masa saja,” jelas ibu ini.

Ita yang berasal dari Selangor kini telah sedar bahawasanya rokok adalah penyumbang utama masalah kesihatan jantung, paru-paru dan sebagainya. Dia merasa amat menyesal di atas perbuatannya. Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.