Header Ads

Iklan Kedai Kasut Popular Di KLCC Menjadi Kemarahan Netizen Kerana Didakwa Bersifat Perkauman Didesak Tukar Slogan


Gempar di media sosial apabila satu kedai kasut berjenama terkenal telah mencetuskan kemarahan netizen apabila menayangkan iklan terbaru mereka yang dipercayai bersifat perkauman.

Iklan berkenaan yang mendapat perhatian orang ramai dengan slogan seperti berikut, 'Kasut Untuk Kanak-Kanak India' telah dimuatnaik melalui satu akaun Facebook pengguna yang telah pergi ke kedai terbabit baru-baru ini iaitu BATA di pusat membeli belah Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Tidak dapat dipastikan sama ada jenis kasut yang diiklankan itu kasut untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil atau India dan juga untuk pakaian seragam tertentu yang perlu dipatuhi oleh pembeli.

Menerusi status lelaki terbabit yang dikenali sebagai Sanjay Naidu itu, dia menyatakan telah berbual secara ringkas dengan kakitangan yang bertugas di kedai terbabit yang bernama Jimmy. Sanjay menjelaskan bahawa dia Jimmy berkata dia tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi Jimmy cuba untuk menerangkan kepada Sanjay.

Sanjay terus bertanyakan soalan tentang promosi seperti yang diiklankan itu dan Jimmi hanya menjawab dengan mengulangi perkataan 'YANG INI UNTUK INDIA'.

Sanjay memaklumkan bahawa kakitangan kedai berkenaan sangat defensif walaupun dia telah bertanya dengan nada suara yang sangat tenang. Jimmy pula bagaimanapun menyatakan kepada Sanjay bahawa dia boleh mengajukan permasalahan ini kepada pihak pengurusan sekiranya dia ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan promosi tersebut.

Setelah itu, Sanjay memohon untuk berjumpa dengan pengurus kedai terbabit, namun Jimmy mengatakan individu terbabit tiada di situ pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui ramai, kisah dan cerita sebenar berkaitan dengan promosi yang membabitkan sejarah penubuhan BATA melalui laman rasminya, BATA untuk pertama kalinya telah merekacipta produk mereka untuk kanak-kanak di negara India ketika tahun 1936.

Pada peringkat awalnya kasut dengan tapak kaki getah ini telah diciptakan untuk kanak-kanak yang bersekolah di India dan ketika itu kasut ciptaan BATA adalah yang paling laris serta telah dijual ke seluruh dunia.

Dek kerana slogan yang diciptakan itu, para netizen berpendapat, pihak BATA seharusnya memikirkan semula atau menggantikan slogan berkenaan agar tidak disalahtafsirkan oleh pengguna dan juga pembeli. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.