Header Ads

Juruwang Kerugian RM1400 Apabila Seperti Dipukau & Ditipu Seorang Lelaki Ketika Menukarkan Wang Kertas


Johor Bharu - Seorang lelaki, juruwang di sebuah kedai di Raja Pauziah, Larkin, terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM1400 apabila telah ditipu seperti dipukau oleh seorang pelanggan yang ingin menukarkan duit.

Rakaman video melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang berdurasi 2 minit 35 saat itu memaparkan bagaimana pelanggan terbabit seorang lelaki menipu juruwang terbabit dengan taktik seperti silap mata.

Perkongsian daripada seorang wanita yang dikenali sebagai Norshahidah Mohd Zaini itu jadi tular di media sosial sejak semalam apabila telah menarik perhatian netizen yang rata-rata mengecam tindakan suspek tersebut.

Wanita terbabit memohon kepada orang ramai agar menularkan rakaman kejadian yang berlaku terhadap adiknya ini kerana tidak ingin perkara yang sama akan berlaku kepada orang lain.

Melalui keterangan Norshahidah, adiknya pada ketika itu sedang berkerja sebelum didatangi oleh seorang lelaki yang ingin menukarkan sejumlah wang bernilai RM1400 kepada wang kertas bernilai RM50 setiap satu.

Setelah juruwang itu menukarkan wang kertas berkenaan seperti yang diminta lelaki tersebut. Suspek kemudiannya bertukar fikiran dan ingin menukarkan kepada wang kertas bernilai RM10 pula setiap satu.

Namun, dalam masa yang sama suspek mengira duit kertas yang bernilai RM50 itu di depan mangsa dan mengambil wang itu tanpa mangsa menyedarinya. Suspek juga menegaskan bahawa dia memulangkan semula wang tersebut dengan jumlah yang betul.

Menurut wanita itu lagi, kesilapan adiknya hanyalah kerana tidak mengira semula wang yang dipulangkan suspek dan berkemungkinan mangsa seperti dipukau kerana tidak berfikir untuk bertindak mengira semula.

Anda boleh melihat sendiri bagaimana kejadian ini berlaku menerusi rakaman video berikutnya.


Wanita itu berkata, adik lelakinya itu bukannya daripada keluarga yang senang dan zaman sekarang begitu susah untuk mendapatkan duit bagi menyara kehidupan.

Tergamaknya seorang makhluk Allah mengambil kesempatan di atas penat lelah orang yang di dalam kesusahan. Semoga anda ditimpa kesempitan seumur hidup, kata wanita terbabit seolah melepaskan geram.

Adik saya sedang cuti semester dan mencari kerja untuk mendapatkan duit belanjanya dengan harapan tidak mahu menyusahkan ibu saya. Tapi, mungkin ini adalah dugaan untuknya kerana baru sahaja berkerja. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran untuknya agar lebih berhati-hati di masa depan, jelas Norshahidah.

Norshahidah meminta sekiranya orang ramai mengenali atau ternampak lelaki yang sama seperti dalam rakaman video terbabit agar memberkas lelaki berkenaan dan dihantar ke balai polis. Dia juga mengharapkan orang ramai dapat menyebarkan rakaman ini agar kejadian seperti ini tidak lagi berulang dan terjadi kepada orang lain. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.