Header Ads

KAJIAN - Wanita Malaysia Berusia Lebih 40 Tahun Dikatakan Lebih Kuat Mengadakan Hubungan Seksual

Wanita-wanita Malaysia yang berumur 40 tahun ke atas dipercayai lebih kerap dan sering melakukan hubungan seksual serta dikatakan semakin kuat meminati hubungan intim itu setelah mencapai tahap menopaus.

Gambar sekadar hiasan
Menerusi satu laporan dari akhbar The Star, Perunding Pakar Urologi Hospital Gleneagles, Profesor Dr. George Lee menjelaskan, wanita di usia melebihi 40 tahun secara puratanya akan berasmara sebanyak lapan kali dalam sebulan jika dibandingkan dengan wanita yang berusia di bawah 40 tahun iaitu hanya mengadakan hubungan tersebut secara purata sebanyak enam kali setiap bulan.

Jangan Bimbang Tentang Isu Kehamilan

Dr. George menyatakan beberapa di antara sebab yang utama adalah kerana seseorang wanita yang berada pada usia berkenaan telah pun mengalami putus haid secara keseluruhan dan tidak lagi perlu bimbang tentang isu kehamilan yang akan datang.

Setelah Menopaus Wanita Lebih Yakin Untuk Hubungan Seksual

Pada zaman ini ramai diantara kita beranggapan seseorang wanita itu setelah mencapai tahap menopaus, wanita terbabit tidak lagi mempunyai nafsu syahwat. Sebenarnya, kehidupan mereka dalam hubungan intim adalah boleh dipertingkatkan lagi.

Setelah seseorang wanita itu telah putus haid, mereka lebih merasa yakin untuk melakukan persetubuhan. Mereka akan melepaskan keinginan yang cukup tinggi untuk berasmara di ranjang, amalah akan menikmati hubungan ini secara lebih kerap bersama pasangannya, kata Dr George berkaitan dengan permasalahan ini.

No comments

Powered by Blogger.