Header Ads

Kanak-Kanak 5 Tahun Saksi Pembunuhan Kejam Ahli Keluarganya Apabila Disembelih Oleh Perompak


Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan takut yang amat sangat dilalui oleh seorang kanak-kanak berusia 5 tahun apabila dia sendiri telah menyaksikan pembunuhan yang berlaku ke atas orang tuanya, kakak. abang dan neneknya semuanya jelas di depan mata.

Kes pembunuhan tragis ini berlaku di Medan, Indonesia yang melibatkan lima sekeluarga yang telah dibunuh dengan kejam seperti disembelih.

Satu-satunya antara mereka sekeluarga yang terselamat dari pembunuhan kejam itu ialah seorang kanak-kanak yang berusia 5 tahun dikenali sebagai Kinara.


Memetik laporan Tribun Medan, Kinara terselamat apabila sempat menyelamatkan diri dengan menyorok di bawah katil ketika kejadian pembunuhan terbabit sedang berlaku. Namun, Kinara juga mengalam kecederaan yang agak teruk di beberapa bahagian wajah, kepala dan juga mata.

Difahamkan seperti yang dilaporkan akhbar Tribun Medan, Kinara ada memberitahu bahawa orang yang terakhir datang bertandang ke rumahnya adalah rakan bapanya sendiri.

Ketika ini, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan yang terperinci bagi menjejaki suspek yang melakukan pembunuhan berkenaan.

Melalui siasatan awal yang telah dilakukan, kes ini dikatakan bermotifkan rompakan berdasarkan beberapa barangan yang berharga di dalam rumah keluarga mangsa didapati hilang.

No comments

Powered by Blogger.