Header Ads

Kanak-Kanak Lelaki Berusia 4 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 17 Kuarters Bomba


Kuala Lumpur - Seorang budak lelaki yang berusia empat tahun maut serta merta apabila dipercayai terjatuh dari tingkat 17 dari kuarters bomba di Lorong Haji Hussein 2, Chow Kit ketika awal pagi jam 5.46 pagi.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa di bawah penjagaan datuk dan neneknya dipercayao baru sahaja bangun dari tidur dan telah berjalan ke luar balkoni bangunan itu.

Menurut sumber, Sale Hudin, kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Mohd Akil Azizan Bin Azmil, berumur 4 tahun dan juga mangsa adalah cucu kepada PESARA Bomba Mat Radin Bin Abdul Latif (BBP Besut, Terengganu).

Melalui penerangan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, setelah siasatan dan pemeriksaan yang dilakukan di rumah terbabit mereka mendapati keadaan pintu di balkoni kediaman berkenaan terbuka.


Polis juga memaklumkan bahawa mereka telah menemui dua buah kerusi di balkoni yang dipercayai digunakan oleh mangsa untuk memanjat ke atas besi penghadang yang terdapat di situ sebelum terjatuh ke bawah.

Pihak polis mengatakan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan dipercayai kes tersebut tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

Kepada semua penghuni rumah berjenis pangsapuri diminta berhati-hati dan sentiasa memberi perhatian kepada anak-anak sebelum perkara seperti ini berlaku lagi. Adalah lebih baik jika memastikan keadaan pintu balkoni sentiasa tertutup sekiranya mempunyai anak kecil atau pun memasangkan jaring besi sebagai langkah-langkah berjaga-jaga. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.