Header Ads

Kanak-Kanak Perempuan 2 Tahun Menderita Kesakitan Setiap Hari Kerana Penyakit Ganjil Digelar Budak Biawak


NEW DELHI - Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia dua tahun di India menderita sejenis penyakit ganjil kerana kulitnya kelihatan seperti biawak yang dikatakan dihidapinya semenjak dia dilahirkan, lapor Mstar Online.

Menurut kata pakar perubatan di New Delhi, kanak-kanak terbabit, Sharma yang menghidap penyakit yang dikenali sebagai lamellar ichthyosis iaitu penyakit kulit yang hanya akan berlaku kepada seorang daripada 600,000 orang.

Memetik laporan dari Mail Online, penyakit tersebut akan menyebabkan kulit kanak-kanak berkenaan menjadi semakin mengeras setiap hari sehinggakan dia digelar sebagai 'budak biawak' kerana kulitnya itu.

Kulit anak kepada pasangan Roshni Banu, 22, dan Sabir Ali, 25, kelihatan sentiasa kering dan menyebabkan anaknya itu terpaksa menanggung penderitaan dan kesakitan serta mudah terdedah kepada jangkitan.

Menerusi keterangan perubatan yang diperolehi, penyakit berkenaan akan berlaku apabila kedua-dua ibu bapa membawa genetik yang abnormal.



Malah ibu bapa Sharma juga dikatakan buntu untuk merawat penyakit anak mereka itu kerana dikatakan tidak ada pakar yang boleh menyembuhkan penyakit kulit berkenaan.

Lamellar ichthyosis juga boleh menyebabkan pesakit mengalami demam panas malah langsung tidak boleh berpeluh selain menghalang aliran darah ke jari disebabkan kulit yang semakin mengeras.

Sehingga ke saat ini, belum ada rawatan yang boleh memulihkan serta menyembuhkan penyakit itu dan krim yang digunakan itu hanya mampu mengurangkan kesakitan yang dialami oleh kanak-kanak terbabit.

No comments

Powered by Blogger.