Header Ads

Kehidupan Serba Mewah Lelaki 21 Tahun Yang Bergelar Datuk Jadi Tular Di Media Sosial Dan Menjadi Tanda Tanya


Petaling Jaya - Media sosial dikejutkan dengan satu berita tentang penularan gambar seorang lelaki yang bergelar Datuk yang menunjukkan kehidupan serba mewahnya di laman sosial, lapor Mstar Online.

Gambar lelaki terbabit yang dikenali sebagai Datuk Muhammad Saiful Muhamad Ali menarik perhatian netizen apabila pendedahan tentang kemewahan lelaki ini melalui laman sosial Facebook dan juga laman Instagram.

Akibat penularan berita dan gambar lelaki ini sehingga berjaya diiktiraf di istana menjadi tanda tanya kepada orang ramai, apakah yang telah dia lakukan dan siapakah keluarganya.

Beberapa gambar dan video yang menyaksikan lelaki terbabit kelihatan seperti seseorang yang ternama dan kaya dapat dilihat melalui laman sosial tersebut, malah satu video yang telah dimuatnaik bersempena sambutan hari lahirnya yang ke-21 membuktikan bahawa dia sememangnya seseorang yang amat dihormati.

Melalui video itu juga kelihatan Datuk Muhammad Saiful Muhamad Ali bersama seorang lelaki yang agak berusia yang dipercayai bapanya, sedang menuruni dari jet peribadi serta menaiki sebuah kereta mewah yang dipercayai Rolls Royce dengan diiringi pengawal khas.



Setelah itu, mereka telah dibawa ke sebuah majlis sambutan hari lahir Muhammad Saiful ke sebuah dewan yang meriah dengan iringan persembahan tarian dan muzik.

Berikutnya gambar Muhammad Saiful yang telah dimuatnaik di laman Instagram miliknya yang menunjukkan beliau menerima Darjah Indera Mahkota Pahang yang dikatakan membawa gelaran Datuk pada tahun 2015 dan beberapa gambar peribadinya yang menunjukkan kemewahan yang dimilikinya.

A post shared by DATO SA1FUL (@dato_saiful) on

A post shared by DATO SA1FUL (@dato_saiful) on
Difahamkan, lelaki ini juga adalah seorang pengarah yang memeiliki beberapa jenis perniagaan seperti kedai runcit, besi buruk, studio rakaman dan perniagaan mencuci kereta.

No comments

Powered by Blogger.