Header Ads

Kelakar! Penumpang Grabcar Terkejut Pemandunya Sediakan Caj Bateri Telefon, Wangian dan Minuman Percuma


Ketika kita dihadapkan dengan berita dan kisah-kisah yang tidak bagus didengar berkaitan dengan servis Uber dan juga Grabcar, terselit juga kisah menarik yang boleh dianggap agak melucukan yang dikongsikan oleh seorang penumpang ketika menggunakan perkhidmatan ini.

Terkini, seorang netizen dipercayai warganegara Singapura yang bernama Chanel Lam telah berkongsi satu cerita bagaimana perkhidmatan kereta Grabcar yang dinaikinya menawarkan servis yang tidak pernah kita fikirkan dan ianya sesuatu yang amat mengejutkan.

Perkhidmatan ini bukannya perkhidmatan yang tidak bagus tetapi ianya lebih kepada servis yang berbentuk hospitaliti yang bertujuan untuk meraikan penumpang atau pelanggan dengan berbagai jenis sajian yang mungkin tidak pernah kita fikirkan.

Netizen ini berkata, saya baru sahaja menaiki Grabcar sebentar tadi. Adakah diri saya ini sedang berhalusinasi, katanya dalam ketawa.

Apakah jenis Grabcar yang saya naiki ini? Berkemungkinan ini adalah perjalanan yang paling menyeronokkan dalam hidup saya. Kekadang saya terfikir juga, mengapa saya selalunya mendapat pengalaman gila seperti ini.

Apakah yang menarik dengan pemandu kereta ini? Anda jangan terkejut dengan perkhidmatan yang ditawarkannya.

  • Anda diberi kebenaran untuk mengecas telefon anda secara percuma sekiranya kehabisan bateri.
  • Beberapa minuman di dalam tin disediakan untuk menghilangkan dahaga anda.
  • Anda dibenarkan untuk merokok dan juga boleh memilih rokok kegemaran anda dengan percuma.



Kata netizen itu lagi, dia tidak mengambil apa-apa pun daripada apa yang disediakan dalam kereta Grabcar berkenaan. Tetapi, dia mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menjadikan perjalanannya satu kenangan yang amat sukar dilupakan.

Apa yang dilalui oleh wanita ini adalah menjadi impian dan idaman semua para penumpang lain sebenarnya kerana pelanggan diberikan servis seumpama itu. Mungkin ramai yang langsung tidak menyangka ada pemandu Grabcar yang benar-benar memberikan perkhidmatan sehebat ini. Tentunya perkhidmatan sebegini akan menggugat para pemandu teksi yang biasanya menjadi rungutan pengguna yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.


Perkongsian wanita terbabit melalui laman sosial beliau mengundang berbagai pertanyaan daripada netizen yang rata-rata menginginkan wanita itu mendedahkan nombor pendaftaran kereta tersebut kerana mereka juga ingin merasai pengalaman sedemikian.

Kisah yang agak melucukan ini mungkin boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada semua pemandu grabcar di luar sana untuk memberikan perkhidmatan kepada semua penumpang dengan lebih baik. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.