Header Ads

Kerajaan China Mengharamkan Bayi Dinamakan Nama Islam Yang Keterlaluan Terlampau Keagamaan


BEIJING – Setelah dilarang memakaikan pakaian yang keterlaluan serta menyimpan jambang, China sekali lagi menjadikan penduduk Islam di wilayah Xinjiang sebagai mangsa diskriminasi mereka, lapor Utusan Online.

Seperti yang dilaporkan, menerusi laman Shanghaiist, pada kali ini nama individu yang disifatkan terlalu keagamaan itu pula yang menjadi mangsa keadaan.

Arahan tersebut telah diperkenalkan di bawah ‘Peraturan Memberi Nama Kepada Etnik Minoriti’ yang membabitkan senarai 29 orang nama yang ditegah penggunaannya.


Antara nama tersebut termasuk seperti nama yang kerap kali digunakan oleh penduduk Islam di sana seperti Saddam, Hajj dan Jihad.

Difahamkan, senarai nama terbabit diberikan kepada agensi berita Taiwan, Central News Agency (CNA) minggu lepas oleh Kongres Uyghur Sedunia yang berada dalam ‘buangan’.

Stesen Radio Free Asia (RFA) kemudian menghubungi sebuah balai polis di Urumqi sebelum seorang pegawai mengesahkan kewujudan peraturan baharu itu.

Menurut kata pegawai terbabit, mana-mana bayi yang baru dilahirkan yang memiliki nama seperti yang telah disenaraikan akan disekat daripada menerima sebarang manfaat pendidikan serta penjagaan kesihatan di bawah sistem ‘hukou’.

Katanya lagi, bayi yang dinamakan sempena nama tokoh sarjana Islam juga perlu segera menukar nama mereka kerana dianggap terlibat dalam mempromosikan ‘keganasan’.

Penerangan pegawai terbabit itu juga menyatakan supaya mereka mengikut sahaja arahan yang diberikan sekiranya tidak ingin diapa-apakan.

Pada bulan lepas, sebanyak 15 perbuatan yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan ‘pelampau agama’ dilarang dilakukan di wilayah itu termasuk memakai tudung serta menyimpan jambang yang dianggap ‘pelik’ sehinggakan mencetus perdebatan hebat netizen di media sosial, malah laporan berkenaan juga turut mendapat perhatian orang Islam di seluruh dunia.

No comments

Powered by Blogger.