Header Ads

Kerana Cinta Terlarang Pasangan Suami Isteri Dibogelkan Di Khalayak Ramai


Banswara - Satu pasangan suami isteri yang masih muda dari wilayah selatan Rajasthan, India telah dimalukan dan dibogelkan oleh beberapa orang penduduk kampung berkenaan kerana mendakwa pasangan terbabit dipercayai berkahwin secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga mereka.

Insiden yang sungguh memalukan itu berlaku apabila mereka dipukul dan dibogelkan di hadapan orang ramai setelah diantara penduduk kampung terbabit marah kerana pasangan berkenaan berkahwin juga akhirnya tanpa persetujuan keluarga.



Memetik laporan akhbar Daily Mail, pasangan muda terbabit, Kachru, 21 dan Monica, 19, saling menyintai antara satu sama lain dan menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun tanpa diketahui keluarganya sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dan melarikan diri ke Gujarat demi cinta mereka.

Walau bagaimanapun, hubungan cinta terlarang itu akhirnya diketahui keluarganya yang berjaya menjejaki pasangan terbabit sehingga memaksa mereka pulang semula ke kampung berkenaan sebelum dimalukan serta dibogelkan sedemikian. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.