Header Ads

Kerana Makanan Eksotik Dari Seekor Katak Seorang Lelaki Korea Maut


Seoul - Masyarakat Korea sememangnya amat dikenali dengan kegemaran mereka terhadap makanan-makanan eksotik seperti katak dan bermacam lagi.

Satu laporan terbaru yang didedahkan dari negara itu menyatakan seorang lelaki Korea telah maut selepas menikmati juadah yang dikatakan haiwan dua alam yang telah dimasak.

Menurut sumber, lelaki terbabit yang berusia 57 tahun itu sebelum itu telah menangkap sebanyak lima ekor katak di sebuah empangan di daerah Daejon bersama beberapa temannya dan dia menyangkakan katak tersebut merupakan daripada spesies ‘bullfrog’ yang boleh dimakan.

Menurut kenyataan polis, mereka membawa pulang katak itu dan menyerahkan kepada isteri seorang daripada mereka yang mengusahakan sebuah restoran.

Tidak lama setelah lelaki terbabit memakan masakan tersebut, lelaki terbabit pada mulanya muntah-muntah sebelum dikejarkan ke hospital. Lelaki terbabit meninggal dunia pada waktu pagi yang berikutnya.

Pihak polis yang telah menjalankan siasatan serta pemeriksaan forensik terhadap saki-baki daging katak itu mendapati katak berkenaan mengandungi toksin yang sekiranya ia dimakan secara berlebihan boleh membawa maut. Walau bagaimanapun, empat lagi rakan lelaki tersebut terselamat dalam kejadian berkenaan.

Sumber

No comments

Powered by Blogger.