Header Ads

Kerana Sakit Hati Suami Balas Dendam Masukkan Bancuhan Simen Dalam Kereta Isteri Sehingga Paras Cermin Tingkap


ST PETERSBURG - RUSIA. Kerana sakit hati, geram dan niat membalas dendam, seorang suami dengan sengaja telah memasukkan bancuhan simen ke dalam kereta milik isterinya yang dikatakan telah menukar namanya untuk satu promosi di sebuah pasar raya.

Memetik laporan Sinar Harian, semua pelanggan yang secara sah telah menukar nama mereka kepada nama sebuah pasar raya di Rusia (Veniy) akan dapat menerima RUB50,000 (RM3,891) setiap sebulan.

Lelaki dari Rusia itu dipercayai mempunyai krisis rumah tangga dengan isterinya sebelum ini. Namun, tindakan isterinya dengan menukar namanya menjadi kemuncak masalah perkahwinan mereka yang dikatakan semakin retak.

Rakaman video yang menyaksikan perbuatan lelaki terbabit menyuruh pemandu sebuah lori simen memasukkan simen ke dalam kereta isterinya itu telah dirakamkan oleh orang awam di St Petersburg.



Melalui perbualan dalam rakaman video berkenaan, lelaki berkenaan mengarahkan pemandu lori simen untuk dengan segera memenuhkan bancuhan campuran simen itu sehingga ke paras cermin tingkap kereta terbabit.

Akibat pengakuan wanita terbabit berkaitan dengan tindakkannya yang mengubah nama suaminya itu menyebabkan suami wanita itu dengan selamba bertindak demikian untuk membalas dendam.

Difahamkan, idea lelaki itu untuk meletakkan bancuhan simen di dalam kereta isterinya itu kerana menyedari bahawa kereta tersebut amat disayangi isterinya.

Sumber: Daily Mail

No comments

Powered by Blogger.