Header Ads

Kes Thaqif Pelajar Tahfiz Diklasifikasikan Semula Oleh Polis Sebagai Kes Bunuh


KUALA LUMPUR - Kes kematian seorang bekas pelajar Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Kota Tinggi, Johor, yang dipukul oleh pembantu warden asrama diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh yang dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitternya.

Beliau turut menyatakan, kes terbabit yang menyebabkan kematian adik Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ucapan takziah daripada Ketua Polis Negara juga turut diberikan kepada ahli keluarga Mohamad Thaqif Amin.

Beliau turut menjelaskan, pihak polis juga akan mendapatkan laporan penuh perubatan dan melengkapkan siasatan dengan segera.


Adik Mohamad Thaqif Amin, 11, telah meninggal dunia pada 2.05 petang semalam di Hospital Sultan Ismail, Johor  Bahru, di mana pelajar itu mendapatkan rawatan sebelum ini.

Adik Thaqif dikatakan seperti yang dijaudalkan akan menjalani satu pembedahan bagi memotong tangan kanannya dari bahagian jari hingga bawah siku pada pagi Rabu, namun ditangguhkan kerana disebabkan keadaan jantungnya tidak stabil.

Kedua-dua belah kaki adik Thaqif sebelum ini telah pun dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman merebak kepada bahagian lain di tubuhnya.

No comments

Powered by Blogger.