Header Ads

Kisah Inspirasi Seorang Muslimah Korea Yang Cantik Menawan Ini Jadi Perhatian Netizen Sehingga Dia Popular


Rakaman Video The Journey of Islam by Ayana Moon yang mengisahkan perjalanan seorang gadis cantik dari Korea yang telah memeluk agama Islam pada Januari kini jadi tular sehingga semakin dikenali ramai dan menarik perhatian netizen.

Gadis cantik ini cukup dikenali di negara kelahirannya malah dia juga sangat popular di Malaysia. Wajah gadis ayu dan manis bertudung ini juga telah menjadi bualan ramai sehinggakan beberapa akaun media sosialnya dihujani ramai pengikut baru yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat.

Biasanya, kita sering mendengar orang asing yang memeluk Islam kerana ingin berkahwin, namun perkara ini tidak berlaku kepada Ayana Moon atau nama asalnya Ayana Jihye Moon, yang memeluk Islam kerana meminati Islam semenjak kecil lagi.

Menerusi rakaman video yang disiarkan di laman YouTube itu menceritakan bagaimana dia telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap Islam lalu mendorongnya untuk mempelajari agama Islam sehingga memeluk Islam selepas itu.

Menurut Ayana, semuanya bermula pada tahun 2003 ketika itu dia masih lagi seorang kanak-kanak apabila tentera Amerika Syarikat melakukan serangan mereka di tanah Iraq pada ketika itu.


Pertama Kali Mengenali Islam

Sewaktu usia saya 8 hingga 9 tahun, peperang telah berlaku di Iraq dan ketika itu saya baru sahaja mengenali internet dan segera mencari maklumat tentang negara Irq di internet.

Pada ketika itu, saya baru sahaja tahu agama rasmi rakyat dan penduduk Iraq adalah Islam. Waktu itulah untuk pertama kalinya saya mendengar tentang Islam dan saya mengatakan sebutan perkataan 'Islan' adalah sangat comel.

Seterusnya, saya dengan sendirinya telah membuat kajian tentang agama Islam di internet. Saya mendapati semua orang Islam telah memakaikan pakaian yang longgar serta mereka menutup muka dan memakai hijab untuk menutup aurat seperti yang saya pakaikan pada waktu ini.

Menyertai Program Masjid

Disebabkan perasaan rasa ingin tahu yang begitu kuat dalam dirinya ketika gadis ini bersekolah di sekolah tinggi yang menyebabkan kedua ibu bapanya serta gurunya menyedari akan keinginannya, Ayana kemudiannya telah membuat keputusan untuk menyertai satu kem yang amat terkenal di Korea iaitu kem Kesatuan Belia Islam Dunia (WAMY) selama tiga hari, jelas Ayana.

Setelah menyertai dan mempelajari melalui kem berkenaan, Ayana akhirnya telah memutuskan untuk menyertai satu lagi program agama yang sering diadakan di masjid pada setiap minggu.


Menurut Ayana, dia menyertai program yang dianjurkan di masjid Salam Nuri itu pada setiap minggu dan telah berjumpa dengan mentornya iaitu lelaki yang dikenalinya sebagai Pakcik Amin. Dia terus belajar dan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran tentang Islam daripada lelaki terbabit sehinggalah dia menjadi seorang muslimah Korea.

Ketika diawal pendekatan dirinya terhadap Islam, dia merasa bimbang akan imej buruk agama ini di Korea Selatan, walau bagaimanapun, program WAMY yang telah disertainya itu telah membantu dan berjaya menyingkirkan perasaan prasangka yang dialaminya itu.

Difahamkan, gadis cantik yang bermata bulat dan berkulit putih melepak ini adalah satu-satunya orang yang mendalami Islam di kalangan ahli keluarganya, sanak saudara serta rakan-rakannya, kata Ayana.



Ayana Moon juga turut mengakui berkongsi pengalaman seperti ini melalui rakaman video di YouTube adalah satu keputusan yang amat sukar untuk dilakukan kerana dia sangat bimbang akan keselamatan keluarganya yang masih lagi bukan Islam yang mungkin akan diapa-apakan ekoran pendedahan pengalamannya ini.

Menurut Ayana lagi, apa yang beliau sampaikan melalui rakaman ini adalah dari pengalaman peribadi beliau sendiri dan bukanlah ianya mewakili keseluruhan Islam, jelasnya yang mengharapkan semua orang memahaminya. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.