Header Ads

Kopi Tanpa Warna Kelihatan Seperti Air Biasa Ciptaan Dua Beradik Kini Popular Di Seluruh Dunia


LONDON – Sejenis kopi tanpa warna yang pertama di dunia menjadi perhatian dan tular di media sosial apabila dua beradik dari United Kingdom (UK) yang bertanggungjawab mengeluarkan produk itu yang kelihatan seperti air biasa.

Memetik laporan dari Utusan Online, David dan Adam Nagy yang juga warga Slovakia telah menghasilkan minuman kopi dipanggil sebagai Clear COffee yang dihasilkan daripada biji kopi Arabica berkualiti tinggi dengan campuran air tulen tanpa bahan pengawet, perasa tiruan, pemanis atau gula tambahan.

Keunikan minuman kopi berkenaan adalah ia tidak akan meninggalkan sebarang kesan warna kuning pada gigi setiap penggemar minuman tersebut.

Menurut salah seorang daripada mereka iaitu Adam, mereka mengambil masa selama tiga bulan untuk memproses setiap botol kopi menggunakan kaedah ‘rahsia’ yang tidak pernah digunakan sebelum ini bagi mengekalkan perisanya selain memastikan minuman tersebut tidak berwarna.

A post shared by Clear Coffee (@clrcff) on

“Seperti orang lain, kami juga mahu mengelakkan daripada mengalami masalah gigi seperti kesan kuning akibat minum kopi. Memang tiada apa di pasaran yang dapat membantu kami, sebab itu kami menciptakan sendiri resipi air kopi tanpa warna ini.

“Kopi ini juga dibuat menggunakan proses fizikal unik dengan sejumlah kafein ditambah setelah kopi dibancuh bagi mengekalkan rasa segar dan aroma yang sangat tajam tanpa memerlukan campuran susu atau gula,” kata Adam menjelaskan pertanyaan.

Kopi yang digemari ramai tersebut kini hanya dijual di pasaran UK dan Slovakia dengan harga 5.99 pound (RM33.70) untuk setiap pek yang mengandungi dua botol kaca 200 mililiter tetapi boleh didapati secara online dengan harga 20 pound bagi satu pek lima botol.

Menurut laporan, para pelanggan, bagaimanapun harus menunggu selama empat minggu untuk mendapatkan produk berkenaan kerana sambutan yang luar biasa serta hangat diterima daripada penggemar kopi trsebut di seluruh dunia sehingga kini jadi tular di media sosial.

Sumber: The Sun

No comments

Powered by Blogger.