Header Ads

Lelaki Dari Seberang Merayu Kepada Rakyat Malaysia Membantu Mencari Isterinya Yang Hilang Tanpa Khabar Berita


SHAH ALAM - Seorang lelaki warga negara Indonesia merayu kepada semua rakyat Malaysia agar membantunya dalam pencarian isterinya yang dipercayai telah hilang tanpa khabar berita semenjak datang ke Malaysia sejak enam bulan lalu untuk berkerja, lapor Sinar Harian.

Lelaki yang dikenali sebagai Kadim Mulyono itu telah menghubungi pihak akhbar Sinar Harian dengan meminta pertolongan bagi mencari isterinya itu yang bernama Ida Arijanti, 43, yang dikatakan tidak lagi menghubungi keluarganya semenjak berada di Malaysia pada pertengahan Oktober tahun lalu.

Seperti yang dilaporkan, lelaki itu menjelaskan bahawa isteri telah hilang tanpa khabar berita selama enam bulan dan sehingga kini dia tidak tahu di mana isterinya itu berada, malah ahli keluarganya dan juga anak-anaknya amat merindu ibu mereka.

Difahamkan, pihak ejen Indonesia juga tidak tahu di mana Ida berada dan lelaki itu berserta keluarga telah bosan untuk bertanyakan soalan ini kepada ejen terbabit.

Isterinya itu berasal dari Jawa TImue, Kota Surabaya yang dipercayai hilang setelah sampai di Malaysia pada 17 Oktober lalu.


Menurut Kadim lagi, dia mempunyai perkhabaran sedih untuk disampaikan kepada isterinya iaitu ibundanya telah pun meninggal dunia setelah sebulan isterinya pergi ke Malaysia.

Melalui Sinar Harian, Kadim Mulyono merayu dan amat mengharapkan rakyat Malaysia sudi membantunya untuk mencari isterinya dengan menghubunginya sekiranya mempunyai maklumat tentang isterinya itu.

Kadim boleh dihubungi melalui aplikasi Whatsapp di talian seperti berikut +6285230069997.

No comments

Powered by Blogger.