Header Ads

Lelaki Ini Ditampar, Dituduh Seorang Gay Dan Diajak Melakukan Hubungan Sejenis Ketika Dalam MRT Di Singapura


SINGAPURA - Seorang lelaki yang berasal daripada Amerika Syarikat menghadapi saat sukar di dalam hidupnya ketika di perantauan apabila terpaksa berdepan dengan seorang lelaki yang dipercayai rakyat tempatan yang dikatakan cuba untuk mengajakannya melakukan hubungan seks sejenis semasa berada dalam MRT.

Lelaki yang dikenali sebagai Joe DeMarini itu mendakwa dia dengan secara tiba-tiba ditampar oleh seorang lelaki tua terbabit di atas sebab keengganannya meneruti kehendak lelaki terbabit untuk mengadakan hubungan seks.

Difahamkan, lelaki tua berkenaan dikatakan mabuk sebelum mengaku yang dia adalah lelaki gay dan menuduh Demarini juga lelaki gay lalu mengajaknya untuk melakukan perbuatan itu. Walau bagaimanapun, DeMarini telah menolak pelawaan lelaki itu dengan baik dan meminta lelaki terbabit agar tidak menganggu dia yang ketika itu bersama rakan baiknya.

Ekoran kejadian itu, rakan wanitanya telah cuba untuk merakam kejadian berkenaan dan segera menghalang lelaki terbabit dari terus menganggu mereka. Namun, secara tiba-tiba lelaki tua itu menyerang rakan wanitanya sebelum dua orang awam datang mendekati mereka dan cuba untuk meleraikan keadaan.

Menurut Joe DeMarini, selepas kejadian itu berlaku, dia memberitahu mengapa dia tidak membuat laporan polis, semuanya kerana dia menyedari akan dirinya itu iaitu seorang pendatang asing yang tidak mempunyai kerakyatan di negara itu dan dia juga hanyalah golongan minoriti sahaja.


Saya bukanlah seorang gay seperti yang dituduh lelaki berkenaan dan undang-undang juga pastinya tidak memihak kepada saya walaupun saya mempunyai gambar dan video sebagai bukti semua kejadian itu berlaku, jelasnya berdasarkan pengalamannya ayng pernah berlaku ketika di tinggal di Korea Selatan tidak berapa lama dahulu.

Di dalam situasi sebegini saya boleh dituduh kerana cuba untuk menghasut dan boeh didakwa, katanya yang menceritakan kejadian ini melalui laman sosial Facebooknya. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.