Header Ads

Lima Lelaki Ditahan Termasuk Seorang Anak Diplomat Jana Pendapatan Jual Biskut Ganja Secara Online

KUALA LUMPUR - Lima lelaki termasuk seorang anak diplomat ditahan polis yang dipercayai menjana pendapatan secara online melalui perniagaan menjual biskut ganja di sebuah rumah di Taman Bukit Antarabangsa, Ampang pada Selasa lalu.

Mereka dipercayai menghasilkan biskut ganja itu sendiri di sebuah rumah milik salah seorang suspek yang terletak di kawasan Bukit Antarabangsa.

Gambar sekadar hiasan
Kelima-lima suspek berusia antara 24 hingga 27 tahun itu didapati aktif menjalankan kegiatan itu untuk pasaran tempatan sejak beberapa minggu lalu dan kesemua dari mereka telah terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah semenjak dua tahun lalu.

Menurut kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, mereka telah menerima laporan dan bertindak atas maklumat yang diberikan, pihak polis membuat serbuan di kediaman tersebut kira-kira jam 9 malam dan telah memberkas lima lelaki termasuk seorang lelaki dipercayai warga asing berusia 24 tahun.

Menurutnya lagi, melalui pemeriksaan yang dilakukan di dalam rumah tersebut polis menemui empat ketulan mampat disyaki ganja seberat 733 gram (g), tiga keping biskut mengandungi ganja seberat 198g dan sebuah bekas berisi serbuk dadah itu yang dianggarkan seberat tiga gram.


Sehubungan itu, polis dibawa ke sebuah lagi rumah yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian dan pemeriksaan lanjut menemukan 34 keping biskut mengandungi ganja seberat 215g dan 1/2 keping biskut ganja 29g. Kesemua rampasan itu dianggarkan bernilai RM7,470.

Menerusi hasil saringan ujian air kencing terhadap kesemua suspek, polis mendapati kesemua suspek positif dadah jenis ganja, jelasnya lagi.

Kesemua suspek kini telah direman sehingga 25 April ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia juga berkata, dengan penghasilan biskut itu menggunakan ganja merupakan modus operandi terbaru yang digunakan suspek bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Sumber: Utusan Online

No comments

Powered by Blogger.