Header Ads

Lisa Surihani & Yusri KRU Timang Anak Kedua Bayi Lelaki Pada Hari Ini


Kuala Lumpur - Pelakon cantik yang dikenali ramai Lisa Surihani, 31, telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada hari ini jam 7.10 pagi di Pusat Perubatan Pantai.

Bayi lelaki yang comel itu dilaporkan seberat 3.12 kilogram. Bayi itu juga adalah anak kedua Lisa hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Yusry Abdul Halim, 44, yang juga seorang pengarah, pelakon dan penyanyi popular terkenal.

Berita gembira yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh Yusry, keluarganya serta peminat-peminat kedua artis ini keseluruhannya diumumkan oleh Yusry sendiri melalui akaun laman sosial Instagram miliknya pada hari ini.

A post shared by YusryKRU (@yusrykru) on

Dengan kelahiran cahaya mata kedua artis ini, mereka telah menerima berbagai ucapan tahniah daripada netizen yang terdiri daripada peminat pasangan selebriti itu. Ada diantara peminat pasangan ini begitu teruja dengan kelahiran bayi mereka sehinggakan tidak sabar-sabar untuk melihat wajah comel bayi itu.

Sementara itu, beberapa rakan artis pasangan ini kelihatan juga berkongsi kegembiraan mereka di ruangan komen di laman sosial terbabit antaranya Norman Hakim, Aeril Zafrel dan ramai lagi.

Manakala, anak sulung pasangan popular ini yang diberi nama Yahaira Leanne telah dilahirkan pada 15 September 2015. - Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.