Header Ads

Makcik Penipu Di KL Sentral - Gadis Kongsi Kisah Bagaimana Dia Ditipu Oleh Warga Emas Yang Aktif Menipu Dari Dulu Hingga Kini

Zaman sekarang segala-galanya memerlukan duit dalam kehidupan seharian, malah boleh dikatakan setiap pergerakan kita semuanya berkaitan dengan duit, tanpa duit banyak perkara yang ingin dilakukan terbengkalai.

Kerana duit juga ramai yang sanggup melakukan apa sahaja tidak mengira lelaki atau pun perempuan. Kerana duit juga kita boleh kehilangan adik-beradik, saudara-mara dan juga sahabat baik.

Berbicara tentang duit pastinya tidak berkesudahan, satu perkongsian dari laman sosial Facebook dari pemilik akaun Firdauss Warni mengisahkan tentang seorang rakannya terpaksa berhadapan dengan seorang makcik yang bertindak menipukan rakannya itu dengan memperdayakan duit berjumlah RM500 lesap begitu sahaja tanpa sebarang kesan.

Hebatnya seorang makcik yang boleh dikatakan agak berumur bermain kata dan menagih simpati dengan ceritanya yang direka semata-mata. Orang ramai diminta berhati-hati agar tidak ditipu seperti ini.

Kisah dan kejadian yang berlaku ini katanya di lokasi KL Sentral ketika dia dalam perjalanan untuk balik ke rumah ibu bapanya.

Pendedahan wajah makcik ini bukanlah untuk mengaibkannya tetapi di atas dasar untuk memberitahu kepada orang ramai agar tidak lagi ditipu oleh makcik ini kerana beberapa laporan dari orang ramai mengatakan makcik ini masih aktif melakukan penipuan ini semenjak beberapa tahun yang lalu. Salah satu pengakuan dari mangsa makcik berkenaan dari SofieAdie yang menerima nasib yang sama pada tahun lepas.

Oleh: Firdauss Warni


Sorang Makcik Menipu Dengan Ayat Powernya

Kisah sedih bercampur kelakar yang dihadapi oleh kawan aku dengan seorang makcik power mengayatnya di KL Sentral! Hahahaha.

Ramai yang mengatakan telah terkena dengan makcik yang sama. Jadi, berhati-hatilah semua agar kejadian serupa ini tidak akan berlaku lagi. Jangan jadikan cuti midsem anda sebagai cuti midsem yang paling tak boleh dilupakan!












Menurut perbualan dari Whatsapp di atas menunjukkan mangsa sememangnya langsung tidak menyangka bahawa dia telah ditipu oleh makcik tersebut.

Jadikan pengajaran kepada kita di atas apa yang berlaku kepada mangsa. Semoga anda bukan seorang mangsa seterusnya. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.