Header Ads

Mediacorp 5 Singapura Dan Najip Ali Didesak Mohon Maaf Kerana Mempersendakan Dan Menghina Datuk Najib Razak


Putrajaya - Gempar apabila sebuah stesen televisyen milik kerajaan Singapura iaitu Temasek Holdings telah menyiarkan satu adegan seolah mempersendakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak membangkitkan kemarahan rakyat keseluruhannya.

Melalui satu program bual bicara santai 'Ok Chope' yang dipercayai episod ke 26 yang mengutarakan pengacara seperti Mike Kassim, Sam See, Najip Ali, Vernetta Lopez dan Rishi Budhrani ternyata jelas kelihatan mempersendakan Datuk Najib melalui permintaan melengkap ayat.

Semua peserta program telah memberi berbagai jawapan yang dilihat seolah-olah mempersenda dan menghina Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.


Datuk Seri Salleh Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan kekesalannya terhadap tindakan stesen terbabit kerana kurangnya sensitivit terhadap perasaan orang lain.


Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi, Presiden Seniman Malaysia telah mendesak penerbit rancangan tersebut agar membuat permintaan maaf secara bertulis kepada Datuk Najib serta rakyat Malaysia di atas kesilapan mereka itu.

Sekiranya Najip enggan meminta maaf, kami juga mencadangkan agar Najip disekat daripada membuat sebarang penampilan dalam rancangan terbitan televisyen Malaysia, jelasnya.

Najip Ali dikatakan diberi masa sehingga hari Jumaat ini untuk membuat permohonan maaf dan sekiranya Najip enggan berbuat demikian laporan polis akan dibuat. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.