Header Ads

Menyeramkan Gambar Pontianak Yang Dipaku Di Kepala Berwarna Hitam Tersimpan Di Dalam Balang Kaca Jadi Tular


Beberapa gambar yang memaparkan satu kepala berwarna hitam yang didakwa kepala hantu pontianak heboh diperkatakan dan menarik perhatian netizen sehingga jadi tular melalui aplikasi Whatsapp dan juga di Facebook group, Misteri Alam Ghaib.

Menerusi gambar berkenaan yang menunjukkan seolah-olah kepala yang dipercayai pontianak itu telah pun dipenggal serta dipaku disimpan rapi di dalam sebuah balang berkaca dengan keadaan tertutup.

Tiada penjelasan penuh melalui mesej terbabit sama ada kepala yang tersimpan di dalam balang itu untuk dijual atau untuk tujuan tertentu. Mungkin ianya adalah sekadar koleksi seseorang yang meminati cerita mistik yang ingin bergurau atau pun sengaja merekakan cerita untuk menarik perhatian ramai.

Ada yang berpendapat mengenai gambar pontianak terbabit adalah palsu semata-mata kerana pontianak berkenaan dipaku di atas kepala sedangkan mengikut kepercayaan sepatutnya paku itu berada di bahagian leher kepalanya.

Adalah sukar untuk dipercayai dengan cerita tentang kewujudan pontianak ini, walau bagaimanapun, kepala ini kelihatan amat menyeramkan serta boleh menakutkan sesiapa saja terutama kanak-kanak.


Seperti yang diketahui umum, mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, Kuntilanak atau Pontianak adalah sejenis hantu yang sering berjalan secara berseorangan di kawasan yang tiada penghuni atau di jalan-jalan yang sunyi.

Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat dengan mendakwa hantu pontianak itu adalah tercipta daripada roh-roh wanita yang meninggal dunia semasa hamil dan hanya akan mengacau dan menganggu kaum lelaki sahaja.

Ada juga yang menyatakan, sekiranya ada jejaka atau lelaki yang belum berkahwin yang terserempak dengan pontianak dalam jelmaan seorang wanita serta berjaya memasukkan paku ke bahagian lehernya, Pontianak tersebut akan terus bertukar menjadi seorang wanita yang cantik dan boleh mengahwininya. Tetapi sekiranya paku itu dikeluarkan semula, ia akan kembali kepada keadaan asal iaitu menjadi pontianak semula.

Kisah-kisah seram yang mengaitkan hantu pontianak telah banyak difilemkan sama ada di Malaysia atau pun di Indonesia. Malahan, ada pihak-pihak tertentu menjadikan kisah pontianak ini untuk tujuan iklan komersial dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, umat Islam adalah dilarang sama sekali untuk meminta sebarang jenis pertolongan daripada hantu, jin serta seumpamanya sehingga sanggup melakukan perkara-perkara sedemikian yang akhirnya mendatangkan syirik serta berdosa. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.